Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Wednesday, November 30, 2016

Doa

Hai, blog.

Rasanya lama saya tidak menulis dalam bahasa melayu, bukan? Jadi kali ini saya nak menulis dalam bahasa melayu. Sejak akhir-akhir ini, selalu dengar motivasi pagi dan buat saya terfikir sejenak, adakah cukup amalan saya?

Yelah, setakat solat 5 kali sehari (wajib), tapi tak berdoa bersungguh-sungguh minta apa yang kita mahu. Allah maha mendengar, Allah maha pemurah. Selalu emak ingatkan supaya rajin berdoa. Duduk lama di tikar sejadah dan berdoa memohon apa yang kita hajatkan.

Jadi, hari ini saya nak kongsi tentang doa. Lebih kepada waktu untuk kita berdoa.

Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup.

1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)

2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan dan terus berdoa)

3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan taubat)

4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)

5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)

6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .

7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita.



InsyaAllah. Setiap doa itu, ALLAH s.w.t. akan makbulkan. Cuma jangan putus asa.

No comments: