Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Friday, October 5, 2012

I'm okay.

Hai blog.
I'm okay. No worries. 

Saya tahu sejak saya memilih untuk ke Uniten, ramai saudara mara serta rakan-rakan risau akan saya. Macam tidak percaya saya akan melepaskan Uitm dan memilih Uniten. 

Pada mulanya, memang berat untuk saya membuat keputusan. Semuanya dirancang dan Allah tentukan. Alhamdulillah. Saya pasti dengan keputusan yang saya pilih ini. 

So, during orientation, dapat panggilan dari families (pak cik mak cik cousins) sekadar bertanya khabar, ok atau tidak? boleh adapt atau tidak. Siap planning nak pergi bercuti di Kuantan by the end of this month. haha. Saya faham, mereka cukup risau almaklumlah, budak manja macam dia ni tak boleh nak berjauhan. LOL. Tetapi, sebenarnya saya rasa saya seronok duduk disini. Iyelahhhh, pilihan sendiri. Mesej juga masuk bertalu-talu tetapi tidak dapat saya balas sebab saya sangat mengantuk. Haha. Mana tidaknya, tidur pukul 1 pagi dan bangun pukul 4. 

Orientation was never friendly to me. Walaupun orientasi tidaklah begitu memenatkan compare orientation masa di Merbok, saya tetap mengantuk yang teramat. Berorientasi di auditorium, pendingin hawa yang menusuk ke tulang, memang mengundang! Nasib baik muka tak masuk dalam slide. har har har.

Sebelum berangkat ke Uniten, banyak dapat wishes daripada rakan-rakan. Saya tahu mereka agak terkejut dengan perkara ini. No worries ye kawan! hehe 

"All the best Husna di tempat baru. Dah ada kawan baru jangan lupa kawan disini"
"I know you made a right decision. Good Luck!"
"Aku dengki dengan kau sebab tak pergi Machang!. Arghhh"
etc.

Selepas orientasi tamat, petang jumaat itu juga pergi bandar. 10 minutes from the entrance, by walking. 1jam diperuntukkan, dah habis explore satu bandar dengan hanya berjalan kaki. Seronok tahu! Macam tak percaya. Membuatkan setiap hari nak pergi bandar sahaja. haha. Di bandar, warga Uniten juga yang kita jumpa. Bandar yang kecil. Ada 7-Eleven dan cool blog. Ok, diam sekarang! KFC pun ada tetapi boleh jumpa pada hari sabtu sahaja di pasar malam. It is Kelantan Fried Chicken. wahahahaha. Jangan nak gelak sangat. Tiba-tiba nak makan lagi Samurai burger di Mcd. tskkk

Keesokkan harinya, bosan duduk di bilik dan coursemate ajak pergi bandar lagi. haha. Motif, nak pergi beli kertas. Macam tak boleh tunggu hari isnin sahaja. Disebabkan saya mengantuk, (tak habis-habis dengan mengantuk dia) saya tak pergi. Bangun tidur pun masih bosan lalu menyeterika 20 helai baju kurung. I'm Okay! (Oklah kan daripada bosan sampai rasa macam nak menangis?)

Saya menetap di apartment. Mempunyai dua bilik, seramai empat orang untuk satu rumah. One of my housemate anak kepada pengarah & penerbit yang berbakat besar dalam industri perfileman negara. Dia seorang je 19 tahun. So, boleh buli lah kot. wagagaga. The other two dari Kelantan & Seremban. Tamat sahaja orientasi, dia pun pindah bilik. So, tinggal bertiga dan I'm alone in my room. Seronok! (applicable untuk orang introvert macam saya)

Memang masuk IPTS ter-kawan dengan anak artis ke macam mana? Tell you what, kawan kongsi payung pergi kelas sama-sama merupakan anak kepada penyanyi Nash. Surprise! Dah pergi kelas sama-sama dengan dia selama 4 hari baru tahu. Okayyy, you can blame me sebab tak pernah ambil tahu tentang kawan. Maluuuu. 

Uniten mengamalkan konsep reverse parking. So surprise! Memang failed lah nak reverse parking bagai. Boleh lambat ke kelas sebab asyiklah nak betulkan parking. LOL. Ohh di apartment pula, konsep topup elektrik. Milik Tenaga Nasional, memang jimat lah elektrik cerita dia. So, semua orang alert & takut elektrik habis. Nak berjimat punya pasal, sanggup bergelap. Duduk dalam bilik sahaja. Nasib baik internet laju. wiwit

Tamatlah kisah kehidupan saya di Uniten dan tergantung. har har har!

No comments: