Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Wednesday, November 2, 2011

Macam ini rupanya jadi anak tunggal

Bukan saya okay. Saya anak kedua yang terasa diri ini macam anak tunggal setiap kali pulang cuti semester. Haha. Tak sama. Disebabkan adik berada di asrama & abang di kampus, dan yeahhh, saya boleh bawa emak ke mana sahaja saya suka. Well, saya kan pandai provoke...malaslah beritahu anda. hihi. Inilah budak yang minta pelempang. aduhhh, kasihan diri sendiri. Sudahlah membawa diri ke Merbok yang serba kekurangan & membawa hati yang lara. Jadi, setiap kali pulang cuti semester haruslah membahagiakan diri. Boleh dikatakan macam merewardkan diri bukan? Jealous much? teeheee (:


Hasil provoke. haha 


" Emak, bila kita nak pergi makan nasi arab? "
" Hari tu kakak google jumpa rojak & cendol best dekat uniten. Pergi jom."
" Apa kata, hari ini kakak ikut pergi office emak pastu lunch kita pergi bla bla bla "
" Sebelum balik Melbourne Merbok mesti dah pergi sini bla bla bla "
" Jom kita beli ini bla bla bla "
" Tak tahu jalan? Tak pe. Biar kakak drive "
" Boleh tak nanti nak beli ini bla bla bla "
" Jom pergi makan dessert. aaaa..buffet kat sini pon best bla bla bla "
" Dah lama tak pergi picnic & cycling. Jom pergi ramai-ramai "
" Takut duduk rumah sorang-sorang, boleh ikut pergi office? busy tak, ada kelas tak ? "


... dan yada yada yada. Kalau boleh, nak tulis sampai dua puluh. hahaha. Lempang nak? 
dan jangan anggap itu alasan semata-mata. ahh, dengki lah tu.


Macam inilah, bila sudah menetap di tempat yang serba kekurangan setiap kali balik cuti semester mesti jadi macam orang yang tak tentu arah. Macam tak cukup masa pun ada dan bermacam-macam. hahaha. Nasib baik emak saya memahami kerenah anak dia ini. Itulah, kan dah cakap emak saya kawan saya.


Disebabkan duduk di Merbok, saya dah jadi macam tak kisah. Rasa seronok sebab setiap kali balik boleh rewardkan diri sepuas-puasnya & terasa diri ini begitu dihargai. haha. Terasa diri macam pelancong. Jakun habis. Semua tempat nak pergi, semua benda nak cuba dan segalanya. Ehh, seronoknya duduk kat Merbok! 


Sekarang ini nak promote Merbok khususnya pada sanak saudara, ahli keluarga, sepupu- sepapat, kaum kerabat & juga teman-teman di Malaysia. Jemput datang ke Merbok pada tahun 2012.  Ya, lagi berapa bulan sahaja kita akan menetap di Merbok. Jadi, Haruslah melawat Merbok juga membuat satu tanda kenangan di sana. huisyooo.  :D

No comments: