Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Thursday, May 12, 2011

gadis penunggu internet telah berubah

Akhirnya...
Sejak pulang ke rumah, aku sudah tidak jadi gadis penunggu internet lagi.
Aku sudah ketemu aktivitas yang paling cocok untuk dilakukan sepanjang siang iaitu berkerja sebagai bibik yang kayaknya datang dari Indonesia. Waduh waduh kecapek-an…

(Oh, seperti biasalah. Aku nak buat mukadimah dengan barisan-barisan ayat penipu. Sikit waktu lagi, hidung aku akan panjang seperti Pinochio.) Haa..Tipulah lagi!

Satu hari di rumah nenek
“eh, orang jauh dah baliklah! Ha, cuti ni nak buat ape? Berapa lama cuti?”
“ye, balik dah. Cuti sekejap je. Orang ingat orang nak tidur je kat rumah. Nak cantikkan mata. Tengok ni mata orang tak cantik dah”. *kening-kening*

*habis je cakap, terus kena gelak ramai-ramai* T______T’

Tak, tak jangan salah faham. Aku main cakap je yang aku nak tidur sahaja sedangkan aku sendiri bukan jenis yang suka & senang tidur. Aku lah orang yang paling susah nak tidur. Siang memang takkan lah.

Sebenarnya, aku sangat lega kerna tidak lagi menjadi gadis yang asyik mengadap internet 24jam (emak yang kata). Mata aku ni naik juling sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat akibat cahaya pancaran daripada paparan computer riba. Mana tak nya, pukul 3 pagi pon boleh hadap lagi. Har Har Har!

Oleh itu, sepanjang cuti semester kali ini, 

aku harus bekerja keras mencari peluang kerja-kerja baru untuk dilakukan supaya aku tidak hanya asmaradana sampai maut dengan internet dan mencantikkan semula mata agar bersinar macam minum innershine. Ewahhh~

Syukur lah aku tak perlu keluar bekerja keras meredah panas terik matahari dengan mengangkat batu bata dan susun mengikut arahan pak mandur sambil lap peluh di dahi yang berdaki sebab sampai je di rumah, emak cakap :

“Internet tak bayar pun. So, kemas lah apa yang patut. Bawah tangga tu, bilik stor bawah tu, cabinet dapur tu pun sekali. Susun semua pinggan mangkuk bagi nampak lagi kemas. Masaklah apa yang patut… etc” 

T______T"

Selain itu, ketagihan aku terhadap internet dapat diatasi dengan menonton segala rancangan di televisyen (yang pasti tak nak hadap laptop sebab nak cantikkan mata), membuat tugasan seperti yang disuruh selain menghabiskan waktu dengan mengeja kesemua bahan bacaan daripada surat khabar lama. Boleh tahan hah?

MENGEJA BAHAN BACAAN bermaksud, membaca setiap patah perkataan tanpa tertinggal satu patah perkataan pun termasuklah tulisan-tulisan kecil pada halaman iklaneka. Perghhhh! Kalau nak nampak hebat lagi, baca surat khabar Utusan lah…barulah Cekang! (ceh, mentang-mentang dapat surat khabar Utusan percuma setiap hari). Hal ini terjadi kerna aku memiliki simpanan waktu yang sangat banyak berbanding cuti semester yang lepas. Biasanya, aku baca laju-laju. Main selak-selak je. Ada waktunya, aku bukan lagi membaca, tetapi scanning sahaja setiap helaian dengan mata kasar. Tak sebati dengan jiwa accounting student lah konon! HAHAHA

Kini, tibalah waktu yang tepat untuk aku memunggah kesemua surat khabar lama untuk dibaca semula melalui kaedah mengeja sebelum menghantarnya ke pagar depan sambil menunggu apek naik lori yang tidak henti-henti membunyikan hon. Ya, orang lain dah lama baca kisah perkahwinan diraja, aku baru sahaja baca. Orang dah tutup kes, aku baru nak baca permulaan kes. Hahaha. Yelah, aku tertinggal semua kisah ini ketika musim aku sibuk kalah menteri tu dulu.

Seronoklah cuti sem kali ini. Walaupun hanya duduk di rumah sahaja, duit poket tetap ada. Dapatlah jugak tahan motor ais krim sebarang dua. *senyum sampai ke telinga*

4 comments:

Khai said...

ahahaha. anak emak dah jadi baik..hehe.

eh sama lah kita. mama aku suro kemas dapur kemas bilik kalo rajin dia suro masak. adoyai.

duit poket time nak guna jer baru dapat. ada sekali aku mntk duit sbb nak pegi tgk wayang. nasib baik ayah aku ttbe mood baik time tu. wakaka :)

PENCONTENG said...

sekarang ni jangan tahan motor aiskrim sangat sebab takut ada yang penjual penjual tu jual aikrim guna serbuk koko or any flavour yang reused balik. baru masuk berita semalam. jaga2. time cuti ni kesihatan jangan abaikan pulak.





happy holiday cik husna!

husna. said...

khai,
anak emak memang baik. well, jadi anak tunggal memang cenggitu lah kan. hehehe (:

psssttt, nak tahu tak? baru dua hari dok umah aku dah ikut g opis. so, terbengkalai. hahahah :D

husna. said...

kak fina,
beli aiskrim mahal punya. heee (:
ye, dah tengok yang keluar berita tu.

thanks. kena manfaatkan cuti sem ni dgn aktiviti yang berfaedah.