Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Friday, April 15, 2011

#002 - Perkara menarik di kolej

It's STUDY WEEK! Time to Study!
but, Obviously that was Gossip Time, Shopping Time, Movie time. Out of topic, you nerds! haha ;D

Penghuni Kolej Murni ni ada satu wabak berjangkit. Tak, tak bukan wabak HKLBR tu.(wabak tu still ada lagi). Kali ni wabak-gossip-gossip-umur-20-an. Haha. Baiklah, asal cuti je, (minggu ulangkaji) mesti ada perkara menarik. Kalau tak revert ke topic kahwin macam semester sudah, mesti topic cinta. Yelah, peringkat umur macam ni (awal 20-an) mesti macam ni. Tak macam ni, macam tu. Tapi, sama je maksud dia. haih.

Asal sorang dah start bukak topic shopping, mesti topic shopping dalam 1 jam pertama tu. (yelah kot?) Shopping online lah, baju tu murah lah, jenama ni best lah..etc. Lepas tu tiba-tiba sorang lagi buat gosip kawan tu dengan kawan ni, terus tukar topic serta-merta & berlarutan selama 2 jam (eh eh yelah kot?) kalau gosip-gosip panas macam tu, memang lama lah kan? eh entah entah *angkat bahu*

Sekarang ni, cerita paling menarik pasal skandal baru.


Kalau orang tu ada skandal, mesti perkataan/ayat macam ni akan keluar "eh, siapa-siapa?" "pernah nampak dia sebelum ni tak?" "Ohh, yang tu kan? yang hari tu kan?" "dasyat ah!" Perghhh.. bla bla bla. 

Menarik kan macam tu? ok, ok. It's a norm lah bila dah sampai certain umur, kita akan mula berangan-angan untuk kahwin, dah mula start dengan topic cinta-cinta tu semua. Janganlah nak berlagak menjadi terlampau matang. Nanti anonymous menyerang. Eh, apa kes ni? Tapi, betul apa. Impossible lah bila seseorang tu tak involve dengan topic-topic macam ni.

Yes, refer to the related topic. Kalau sebelum ni, umur masih ada angka satu di depan jadi macam malu-malu nak involve dengan topic-topic macam ni. Kan kan kan? Prefer not to disclose. Ha, macam tu. Tapi sekarang ni tak. Ye, tak tak tak. Hahaha. Amboi, Husna

3 hari sudah, kawan ada mention satu ayat ni. Masih terngiang-ngiang di fikiran aku. Mari lihat dialog di bawah. (telah ditukar untuk mengelakkan anda berasa geli-geleman)

Kawan 1 : Bestnya ada skandal dalam campus. Nak nak jugak. Nak buat reserved satu. Boleh kot? hahaha :D
Kawan 2 : Eh, apa yang tak bolehnya? Boleh je. Kena lah aktif. Masuk persatuan, kelab itu ini. Nanti jumpalah.
Kawan 1 : Kalau orang lain tu senang je jumpa. Sekejap-sekejap jumpa yang baru. Kejap-kejap relationship tukar baru dalam FB.
Kawan 2 : Tak tahu tak tahu. Carilah sendiri.
Husna : Hahaha. Eh,nak jugak lah. nak jugak. Nak satu lah dalam campus.
Kawan 1 : jom jom jom kita cari satu.
Husna : eh, senang lah kan nak cari?

Dialog terus henti serta-merta dan tulisan terpaksa dikecilkan kerana roommate sudah duduk di meja study dia tetapi kerusi dia menghadap saya lalu menyilangkan kaki sambil berborak dengan saya. dikhuatiri dia dapat membaca entri saya. 
wakakakaka :D

"tak pe ke kakak nak jadi partner dia? nanti gf dia marah kang.
Cuba kakak bayangkan Bf kakak keluar dengan orang lain".

Tiba-tiba teringat dialog emak tempoh hari. Comel lah emak kita sebab cakap macam tu.

HAHAHAHAHAHA.


Rasanya lagi senang nak cari skandal dari alam maya kot? ini pendapat saya.
I guess that's all for now. Any opinions, dispute, arguments, nak tambah tolak, nak betulkan...
feel free to drop your comment. Thank you (:

2 comments:

Khai said...

jadi skandal aku mau? bhahaha :P

kIwI said...

aku mcm kenal ja kan ayat sape uh,, sengal kau neyh,, agagagagagaga