Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, September 27, 2010

Lama aku lesap

Lama aku lesap tanpa entry. Maknanya banyak peristiwa tak sempat dientrikan di sini. Mari kita refresh beberapa perkembangan terbaru kehidupan aku di kampus ini. Iyelah, kisah hidup aku di kampus. Sebab aku belum boleh pulang ke negeri sendiri. Makanya cerita berunsurkan kisah di kampus, bukan di alam fantasi ke apa..*tepuk dahi kuat-kuat

Movies
Sangat banyak movie aku tonton kebelakangan ni. Biasalah. Dah jadi cam satu peraturan berdaftar pulak antara batchmate & coursemate aku ni. Abes quiz, movie. Abes test, movie. Abes assignment yang memakan hari, movie. Bosan, movie. Cuti hujung minggu, pon movie jugak. Nasib baik movie tu tak boleh dimakan. Kalau tak, pantang lapar gerenti kami dah makan movie tu beramai-ramai. Ehehe..

Aku pulak sejak menetap di kolej baru, jiran tetangga merangkap kawan sekelas roommate aku tu suka sangat datang menyinggah ke bilik aku. Jadinya, aku banyak habiskan masa dekat atas katil single yang kelihatan daif tu. kat situlah aku dok bergelak ketawa dan berlinang air mata tonton movie serta buat segala assignments. Itulah namanya tak menggunakan segala kemudahan yang ada sepenuhnya. Meja belajar yang selesa serta cantik tak aku gunakan. Membazir betul.


Latest movies yg sempat aku tonton :

Errr..tak adalah latest mana sebenarnya. Ni dah kira ketinggalan zaman sebab movie tu semuanya orang lain dah tonton berkurun lamanya. Aku je yang baru terkedek-kedek nak dayung sampan. Eh, tetiba.
1) Pisau cukur
Best lah. I suka watak gedik gedik tu. “Wow, panas. Panas! ” *sambil tiru gaya fazura dalam movie tu. Hahaha
2) Lu pikirlah sendiri the movie.
Lakonan oleh nabil. Err..sedih cite ni. Nabil seperti dipinggirkan oleh orang-orang yang berpelajaran memandangkan dia selalu berhenti kerja akibat tiada kelayakan yang memuaskan.
3) My Spy
Cerita ni kelakarlah. Lawak tengok AC Mizal & Harun Salim Bachik. Mereka mahu jadi seperti penyiasat yang professional, tapi hakikatnya… ahahaha
4) Lagenda Budak Setan
“bila cinta tak lagi bermakna yang kini tinggal hanyalah nestapa ditinggalkan cinta masa lalu” isk3. Sedih wo cite ni. Akhirnya aku tewas. Bergenang jugaklah air mata aku tonton cerita ni. Nasib baik tak menitik. Kalau tak, malu sama roommate. Booooo~
Aku bagi cite ni 4bintang. ****

Makan
Tabiat makan aku semakin jahat. Nafsu makan dah jadi ghairah sgt. Aku semakin sukakan makanan2 mewah. Apa patut aku lakukan? Aku rasa, aku masih seperti seorang beruang *Uish, kutok diri sendiri! Hinanya diri ini*

Peribadi.
Sudah mula resah gelisah sebab tak study dengan tekun sekali. Patut tutup laptop & simpan bawah katil lepas ni. Nak balik cuti semester baru ambil balik. KAHKAHKAH. Lidah tak boleh berbohong, tapi tangan yang menaip?

SUDAH! Nak pergi study lah. 5hb ni ada Speaking Test! Seronoknya nak bising-bising dalam bilik! hahaha

No comments: