Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, March 7, 2011

kegembiraan mempunyai harga untuk dibayar

Pada minggu lepas, saya & rakan-rakan telah pergi ke Kampung Z di Negeri di mana saya berada sekarang. Tujuan kami pergi ke kampung Z adalah semata-mata untuk makan mee udang galah yang berharga RM12 itu. Erk! Macam biasa, inilah aktiviti kami untuk me-reward-kan diri selesai habis test yang membunuh itu. Baiklah, teruskan ke bacaan seterusnya. 

Sebelum itu, siapa tahu buah Setoi & buah Sete? Jika tidak tahu, jangan pergi Google (asyik-asyik nak google aje) sebab saya akan memperkenalkannya kepada anda disini. Ok, disebabkan sifat ingin tahu yang amat tinggi dalam diri & tidak pernah tahu mengenai buah ini sebelum ini, balik sahaja ke kolej, saya terus google. Iyelah, kawan tahu cakap sahaja. Bukan nak bagi rasa. Grrrr 

Memandangkan sekarang bukan musim buah-buahan di Kampung Z, maka buah Setoi & buah Sete tidak kelihatan di tepi jalan. (maksudnya buah tersebut masih di pokok, bukan di gerai) Ohh, disebabkan saya tidak mempunyai kamera berat yang tergantung di leher,jadi tak dapatlah nak ambil gambar buah tersebut. Alternatif lain, saya search di internet & meng-uploadnya disini untuk tatapan ramai. Bijak bijak. (:


 BUAH SETOI @ SENTUL (tiada bulu, tampok bulat)


BUAH SETE (kulit berbulu, tampok agak lonjong)


Dapatkah anda bezakan antara Buah Setoi@sentul dan Buah Sete? Walaupun kelihatan agak serupa, tetapi ada perbezaannya. Buah Setoi @sentul kelihatan lebih bulat dan leper berbanding buah Sete. Isi di dalam Buah Setoi agak masam berbanding Buah Sete. Isi buah Sete lebih manis dan isi yang melekat kepada bijinya agak lebih tebal daripada isi buah Setoi@sentul. Biji dua jenis buah ini lebih kurang sebesar ibu jari. (masing-masing tengok ibu jari sekarang)

Kulit dalam buah setoi dan Buah Sete pula boleh dimakan tetapi agak kelat. Sebelum makan kupaslah kulit terlebih dahulu. Untuk menghilangkan kelat dan menyenangkan kita makan, kulit dalam tadi mestilah dicincang terlebih dahulu, kemudian diketuk dengan pisau supaya kembang dan leper,barulah boleh dimakan samada begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan 'garam belacan' atau orang sebelah timur memanggilnya 'colek' manakala di sebelah selatan memanggilnya 'kuah rojak'. Kawan dari negeri tersebut yang beritahu. Siap gelak-gelak bila sebut 'colek' tu. ohh, satu lagi... kalau biskut, kelantannese call 'sekut'. ok, husna tak reti nak sebut. boleh gelakkan dia. Dah abaikan abaikan. Sila ke perenggan seterusnya.

Oh ya! kulit buah ini boleh dimasukkan ke dalam kuah Laksam dan rasanya amat sedap. Menjadi penambah keenakan kuah laksam. Bagi yang gemar makan air asam atau sambal cili api, buah setoi dan sete ini bolehlah dibakar dan kemudiannya diambil isi dalam dan kulit dalam digaulkan ke dalam air asam tadi menggantikan asam limau atau asam jawa. Kulit dalam buah setoi juga boleh dimasukkan ke dalam asam pedas untuk menggantikan asam jawa.

Pokok Setoi yang asli dari Malaysia lebih tinggi berbanding dengan pokok Setoi dari Thailand. Sekarang ini buah Setoi dari Thailand lebih besar daripada buah setoi tempatan. Ramai juga orang tempatan yang menanam pokok setoi yang dijual di sini tetapi bukan untuk dipasarkan, sekadar untuk makanan keluarga sahaja. 

Menarik bukan? Kesemua fakta ini hasil daripada kekuatan ingatan saya. Apa yang diberitahu oleh kawan ketika dalam perjalanan, semuanya saya ingat. Sebijik-sebijik saya ingat. 

HAR HAR HAR! Acah je. Mana boleh ingat setiap patah perkataan yang diucapkan. Saya buat sedikit catatan lah. Bukan tulis di dalam buku nota, bukan juga menggunakan iPad, tetapi menggunakan teknologi telefon bimbit yang tidak secanggih iPhone. 

'sambil menyelam, minum air'
'sambil belajar, sambil melancong' 
'sambil makan, sambil cerita pada orang biar dia jealous' HARHARHAR :D

ok, dah banyak sangat makanan baru yang aku dapat rasa sejak duduk disini. Antaranya, Nasi Daging + kuah asam , Laksa Teluk Kechai & Sosej pulut. Makanan yang aku sendiri tidak tahu akan kewujudannya pon dah makan juga. ok, next time kita cerita pasal makanan pula. heeee (:



p/s : Mak, kawan kata kalau nak makan buah ni boleh datang rumah dia. Ada pokok belakang rumah. Kalau tak nak datang pon tak mengapa. nanti kakak bawa balik rumah. Ceh! alasan nak balik rumah jugak tu. perghhh~

terima kasih kepada kawan yang menceritakan semuanya. nanti bolehlah saya pergi rumah awak kan kan kan? heeee (:

3 comments:

Anonymous said...

pergh husna taip panjang2...giler ahh...btw buah sete tu cmne? ak xpnh dgr pun..huhu

khai

husna. said...

Khai : taip panjang-panjang sebab banyaaaakkk nak cerita.HAHAHA.

kan aku dah tunjuk gambar. anda juga tak tahu? serius?

Anonymous said...

pagerank seo guide backlink service backlink booster