Kepada penagih-penagih sheishusna.blogspot.com,
adalah diharapkan post ini berjaya mengubat ketagihan anda yang senantiasa dahagakan post-post baru. Hari ini saya akan cuba sedaya-upaya memblog dalam bahasa ibunda dalam usaha memartabatkan bahasa tercintaku ini serta menyokong senior saya yang bersemangat mahu menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) di dalam mukabuku (Facebook).
Kepada mereka yang tidak belajar di UiTM Kedah, minggu lepas (sabtu) merupakan hari Ujian Selaras Financial Accounting Reports (FAR) bagi semua pelajar perakaunan seluruh UiTM. Ujian ini tidak seperti ujian yang diambil dalam subjek lukisan kejuruteraan dimana ujian kali ini para pelajar dibenarkan membawa kalkulator saintifik yang berjenama CASIO itu. Bagi saya, kebenaran membawa kalkulator itu telah meningkatkan keyakinan saya untuk menjawab soalan-soalan yang pastinya membunuh itu. Terima kasih kalkulator.
TETAPI, setelah tamat sahaja ujian, saya hairan lalu berkata kepada diri sendiri ;
"Adakah kalkulatorku ini tidak cukup mahal dan canggih untuk menjawab soalan-soalan itu?"
atau
“Adakah kalkulatorku ini tidak boleh menunjukkan angka yang tepat?”
atau
"Adakah salah otakku yang tidak cukup genius seperti orang-yang-genius-subjek-perakaunan dalam kelasku itu?
(Emak, awak patut letak 'Einstein' di penghujung nama saya)
Ok, saya memerlukan doa daripada anda semua. Sekurang-kurangnya, ujian kali ini menunjukkan perubahan yang lebih baik daripada kuiz yang lalu. Semoga dapat markah tinggi. HAHAHA
3 comments:
calculator 50 hengget mmg la x canggih :P
khai , aku rasa kita patut beli kalkulator yang berharga RM470 itu. mesti boleh score kan.. HAHAHA
cik husna, final exam kak fina ade srudent siap bawak calculator besaaaaar punye yang mengeluarkan bunyik yang sangat sangat annoying yang menunjukkan macam die sorang je punye calc la kan? dan bertambah malang jugak orang itu walaupun duduk jauh amat tapi sebab bunyik calc die tu still sangat meng annoying kan orang lain. haihhh, malang betol.
mungkin perlu untuk penjaga dewan extra calc untuk budak account setiap kali exam nampaknya kan!
btw, goodluck dear!
Post a Comment