Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Sunday, November 14, 2010

esok adalah permulaan semester break aku

Mulai esok, aku akan mula jalani kehidupan seperti seorang gadis hyper yang bercuti panjang. Aku akan mulakan kerja-kerja mengisi masa. Masa seolah-olah sedang mengalami kejatuhan harga di pasaran tempatan. Aku rasa kaya dengan masa hingga aku jadi tidak sedar diri lagi. Sebabnya, aku tidak perlu lagi menghargai masa. hahaha

Esok aku akan mulakan kerja-kerja mencari teman-teman untuk liburan. Aku akan mula membuat senarai panjang aktiviti cuti ini. Owh, sungguh naik semangat cuti secara tiba-tiba! 

Jumpa kekasih hati dulu. Ini paling penting!
Saya sangat miss awak.
Saya pon tau awak miss saya.
Kita pasti bual hampir pengsan kelak bila bertemu kan?
hahahaha


Sahabat-handai ramai hilang tanpa jejak. Tu lah padahnya kalau ada sahabat handai yang mencecet ke private college. Cuti pon tak sama. Tapi its great that aku tiba-tiba dah keep in touch balik dengan classmates zaman sekolah. Akhirnya facebook aku meriah dengan koleksi teman lama yang seperti teruja dapat bertemu semula (padahal tak lost contact, cuma masing2 busy dan keep silence)

Tadi sempat berteguran kat ym! sekejap. Diorang ajak keluar outing beramai-ramai.Reunion kecil-kecilan barangkali. Ala... how can i? Sebab aku tak boleh pergi dengan sendirinya. Aku perlukan teman. Tapi seems like no one is available. Aih...

“bukan dorg yang tak available, kau tu je yang busy manjang. Asyik-asyik pegi opis. Bile call..mesti dekat opis. Tak pernah nye kau nak available kat rumah” – one of my bestie

Bye, kampus. Aku nak balik malam ni. Seronoknya nak naik train.
Kita enjoy!


*kekasih hati boleh jadi siapa-siapa sahaja kan? anda tahu siapa anda (:

4 comments:

Khai said...

Ahahaa...i like...bagus2..

husna. said...

khai : kau LIKE yg mana huh? (:

alfateh said...

like jupe kekasih hati !

husna. said...

fateh : amboi~