Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Tuesday, November 16, 2010

aku tarik balik kenyataan aku

Aku tarik balik kenyataan 'Esok aku akan mulakan kerja-kerja mencari teman-teman untuk liburan' sebab duduk di rumah merupakan satu nikmat apabila anda telah menjejakkan kaki di rumah sendiri.

Bilalah kampus aku nak bertukar menjadi Hogwarts pulak kan? - monolog dalaman-

Serius!
Aku nak pergi Hogwarts. Hal ini kerana aku sudah lama tidak ketemu sama harry potter. Jadi, aku tarik balik kenyataan aku dalam entry yang lepas. Dia yang sangat kacak berkaca mata menjadi pujaan hati. KAKAHKAH.  Ok, bolehlah berangan lagi~

Untuk mereka yang mahu liburan bersama aku, aku batalkan. Lain hari sahaja kita keluar. Aku sebenarnya rindu nak baca koleksi buku harry potter aku. Dah lama aku tak bermesra dengan mereka. Kepada mereka di luar sana yang ada the latest herry potter series, sila pinjam kan kepada aku kerana buku yang ketujuh adalah buku terakhir yang aku baca [ada paling latest ke?] memandangkan aku telah menetap di kampus, maka kedai buku jarang aku kunjungi untuk mencari buku harry potter lagi. Aku sedih tau. Dah macam ketinggalan zaman. Tapi takpe, the latest HP movie nak keluar 18nov ni! sila take note ye.


 

Cuti-cuti begini, layan dunia mata sepet pon menarik jugakkan? bukan tidur ye [aku tak suka tidur] tapi layan drama jepun. Dulu, aku sangat rajin mendownload buat koleksi memenuhkan external hard disk tapi sekarang tidak lagi. Sekarang ni...

Oh senior, aku dah balik dari kampus ni. Bila nak bagi drama jepun lagi? Sesungguhnya memberi adalah yang terbaik. Trehehee(:

Nak download tak berkesempatan. Banyak sangat drama yang baru sekarang ni. Tak tahu mana satu yang best. Kena tonton dulu baru boleh download. Kalau tak, membazir ruang HD serta masa sahaja. Alasan ohh alasan!

oh ye, cuti-cuti begini membuatkan aku rasa nak pergi swimming aje. Dah lama tak swimming. Dah lama tak pergi bercuti. Dah lama jugak tak habiskan duit. err..apakah? Bercuti di Port Dickson pon jadilah kan~

Marilah kita berkongsi hobi yang sama. Sesungguhnya berkongsi adalah berkasih. Eh eh, sharing is caring. Sama je kan? Hehe (: TAKLAH!. 
Sebenarnya,
Sharing is fun. I love to share. But, LOVE is not for sharing. 
Cinta untuk suami. Bukan untuk dikongsi. Harharhar!

SUDAH! Nak pergi jumpa harry potter sekarang.

3 comments:

Khai said...

maka dengan itu..selamat berdating ngan HP..

nanibunny said...

hogwarts? mari tonton harry potter d pawagam masing2. kalahkan 2 alam. menyampah over tau. nak kalahkan haarry potter konon. haha :D

ayat last saya suka! cinta bukan untuk dikongsi. ehehe :))

husna. said...

Khai : thanks ya (:

Nani : 2 alam tu over!
terima kasih. betul lah kan? 'cinta bukan untuk dikongsi'. Teheee