Banyak cara untuk menuju ke Kuala Lumpur dari Sg Petani.Selain menggunakan kapal terbang, tongkang, jet pejuang dan bas, kita boleh menaiki kereta api. Tongkang tu tipu. Sungai di Sg Petani tak dalam pon. cetek. Sempena cuti mid-sem & Raya ini, saya berpeluang untuk membeli tiket kereta api juga akhirnya setelah hampir 6 bulan tidak dapat menaiki kereta api dari Sg. Petani. heh, nampak sangat kereta api ni pengangkutan yang sebati dengan jiwa ak. hahaha. macam biasa, balik dengan roommate terchenta.
Kereta Api Ekspress Senandung Malam. nama diberi. wah! namanya puitis sekali kan? haha. Kereta Api ini berangkat pada pukul 20.50 dari Sg Petani dan sampai di Stesen KL Sentral pukul 05.30pagi esok harinya. Tiket kelas yang saya ambil adalah tiket kelas Superior Malam, RM48 sahaja dimana kita akan mendapatkan katil single, tidak seperti katil di kolej tu ha. katil ni pendek je & saya masih lagi boleh berbaring seperti biasa tanpa perlu melipat kaki. hahaha. melipat kaki?
Macam mana dengan Menu? Jangan tanya ada atau tidak. sebab tiket kelas superior malam bukanlah tiket kelas VIP. makanya, makanan adalah bekalan sendiri. memandangkan KFC berhampiran dengan stesen ini, kita tiada pilihan. grab the purse, and buy the toasted twister. hahaha. taste nak tinggi aje~ Berbaloi beli tiket kelas superior malam sebab menu KFC adalah lebih menarik daripada menu tiket kelas VIP. trahahaha.
Macam mana dengan Menu? Jangan tanya ada atau tidak. sebab tiket kelas superior malam bukanlah tiket kelas VIP. makanya, makanan adalah bekalan sendiri. memandangkan KFC berhampiran dengan stesen ini, kita tiada pilihan. grab the purse, and buy the toasted twister. hahaha. taste nak tinggi aje~ Berbaloi beli tiket kelas superior malam sebab menu KFC adalah lebih menarik daripada menu tiket kelas VIP. trahahaha.
ok kawan-kawan, kita sahur makan toasted twister yang sejuk ni sahaja lah ye.
Selesai makan dan terasa kenyang, rasa ngantuk pun menyerang.cubaan untuk menidurkan diri-GAGAL. tambahan, pendingin hawa yang tidak dingin langsung membuatkan kita semakin susah tidur karena kepanasan. Selimut yang disediakan tidak digunakan langsung. membazir! haha. tipu aje. tak membazir sebab boleh digunakan sebagai kain lap. sos cili & air saya tertumpah disebabkan kereta api yang bergoyang-goyang terus tanpa henti. bukan salah saya kannn? hehehe.
"bukan senang nak naik kereta api. orang yang tertentu je boleh naik."
statement diatas memang over. ak tahu. motif adalah untuk menjeleskan sepupu-sepapat tu haaa~ tak kata kat orang lain. sebab dorg suka sangat ejek aku duduk kampung. hey hey hey. don't get me wrong. SG PETANI adalah sebuah bandar besar ok. jeles lah tu sebab kos hidup di sini sangat murah. kan kan kan??
konklusinya naik train sangat best sebab :
1- kita boleh meluruskan kaki. naik bas tak boleh. hahaha. berbaringlah maksudnya.
2- kita boleh online. berbekalkan broadband yg asyik terputus-putus. mesti geram kan??
3- kita juga boleh layan segala movie. inilah masa yang sesuai.dah sampai rumah nanti tak aman. bnyk kerja menanti.
4- kita boleh main teka-teka 'katil mana yang sedang berdengkur'. hahaha :D. ni kalau nak gamatkan keadaan yg sedang tenang. ha berani, gelaklah kuat-kuat. biar kena marah. padan muka. boo000~
5- anda juga boleh menjadi seperti seorang YB yang sedang melawat kawasan. Berjalan dari hujung gerabak ke hujung gerabak. kalau tersangat bosanlah =.='
thanks to Affiq, Arif & Nabil O sebab you all sanggup pergi tukarkan tiket untuk aku.
Dah. sekarang masa untuk menonton.
1 comment:
husna dah balik ke? gle best
jage diri yea
selamat hari raya :)
Post a Comment