Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Saturday, August 18, 2012

Apa makna sehari sebelum raya bagi awak?

 “Bangun awal pagi, sapu satu rumah kemudian mop lepas tu varnish kerusi meja lepas tu pergi Tesco lepas tu balik rumah cuci kereta lepas tu kemas beg & laptop lepas tu isi minyak kereta & balik rumah nenek.” 

Dah macam iklan maxis pula. 


Tapi, cuci kereta tu tak terbuat. Balik Tesco pun dah lewat. Lepas zohor, bertolak pergi rumah nenek pun dah lewat. Pukul 3 lebih baru bertolak. Keluar taman, singgah isi minyak kemudian ada drama dengan seorang mat bangla yang baik hati. (Bertambahlah lewat). Drama ‘kenapa jerawat timbul menjelang raya?’ Since I’m driving, so kena turun pergi isi minyak. (abang gedik tak nak drive) Piston minyak buat hal kemudian datang seorang jejaka. Sempat lah berkenalan apa semua & tanya kenapa dengan jerawat di muka. Sedih dia tengok jerawat aku timbul menjelang raya agaknya. Siap bagi cara-cara menghilangkan jerawat supaya tidak timbul lagi. 

Me : sudah sapu ubat kemudian hilang & timbul semula. 
Mat bangla : saya ada satu cara tak timbul semula. Itu limau bukan kicik, kasi air panas, letak pada jerawat. 
Me : limau purut? Then? 
Mat bangla : kalau tak ada jerawat lagi tambah cantik. Nanti sudah cantik cari sama saya. Nama saya alam (sambil tunjuk nametag pada baju) 
Me : ok2. Thank you. 

 Masuk kereta, gelak macam kena hysteria dengan abang. 


Sampai rumah nenek, banyak tugas yang harus dilakukan since my family & busu’s family are available, so banyak lah kena buat. Yelah, orang jauh jelah yang tidur di rumah nenek. The rest datang pagi raya. Faham sangatlah orang kajang & semenyih je yang jauh compare to other families. After Asar nak pergi ziarah kubur atuk tapi di dapur masih lintang pukang. Memandangkan aku cucu perempuan yang paling tua yang wujud di rumah, jadi kena tinggal. Sedih pula rasa. Nasib baik ada Miza & Qila. Miza the one who help me in the kitchen. Tolong blend cili, keluarkan pinggan mangkuk, etc. Qila layan kanak-kanak di depan. Masing-masing dengan laptop. Kemain!


Setelah selesai kerja di dapur, aku yang rajin pergi cuci kereta pula. Perghhh. Macam tak percaya pun ada. Haha. Macam baru dapat super power. Masuk dalam dah pukul 7. Mandi & terus duduk dapur. Alhamdulillah, lepas berbuka dah mula kecoh sana sini. Aku ambil part cuci pinggan. Tersilap pula. Haha. Waktu gini, air is limited. Rumah atas bukit, memang macam tulah. Nak cuci pinggan untuk 15 orang pun ambil masa yang lama. Waaaa. Selesai kemas dapur, aku tutup suiz lampu & kemudian tak boleh hidup balik. Nenek pula lupa nak inform kalau dah pasang, jangan ditutup. Lepas ni kemain susah nak hidup. Oh maiiiii. Habislah. =.=’ nak prepare foods untuk orang datang takbir rumah ke rumah macam mana? Gelap gelita. 


Kemudian mak long call inform tiada takbir rumah ke rumah tahun ini. Sepantas kilat inform pada nenek. Perghh. Selamat. Dengan ini saya umumkan bahawa takbir rumah ke rumah bagi warga desa putra telah pupus pada tahun 1433H ini. Huehuehue. Menu awal pagi raya ialah nasi arab. Every year buat nasi beriani jadi tahun ini ada kelainan sedikit. Tahulah setiap hari tonton hidangan barakah di tv al-hijrah. Hehehe. Selepas isyak, perang mercun pun bermula tapi kami sepupu sepapat tak heran langsung. Budok-budok bandar mana reti main benda-benda gini. Masing-masing bawa balik laptop. Games (y8, Barbie, miniclip, etc.) , PES, youtube (cara-cara melilit tudung 7 petala langit). Golongan emak-emak mengunyah di berandah manakala golongan bapak-bapak menonton berita. 


Aku yang sibuk kalah menteri tadi sampai tak tahu handphone sendiri berada dimana. Malam raya ini tak ada mood jadi aku tak tahu siapa yang hantar mesej raya. Esok esok jelah balas. (gila sombong dia ni) . Sekarang aku kena paksa diri tidur awal. Tapi tak boleh tidur. Semua orang dah tidur. Jadi, lebih elok pergi cari phone kemudian masuk tidur. Pagi esok tak dapat pergi solat raya. Sedih. T___T sudahlah tahun lepas pun tak dapat jugak, tapi nasib baik dapat puasa penuh. Esok nak mop satu rumah nenek & susun kerusi meja di berandah. Fuh fuh.

No comments: