Setiap manusia ada impian & cita-cita. Begitu juga dengan aku. Impian itulah yang buat kita bersemangat untuk lalui hari-hari yang mendatang. Pada pendapat aku, Impian & cita-cita BERBEZA! (aku yang kata). Sangaaaaaat berbeza. Haha. Kenapa aku cakap macam tu ? Okayyy
Impian ni biasanya suatu yang kita impikan, means bukan something yang kita letakkan target dalam hidup dan biasanya impian ini suatu yang jauh dari kemampuan kita.
Contoh impian yang terbaik : nak kahwin dengan orang kaya, duduk rumah besar, kerja separuh hari! :D
Cita-cita pula biasanya sasaran dalam hidup kita, Apa yang kita nak tuju. Apa yang kita mahukan. Kita akan tanam cita-cita bila kita dah tahu kemampuan kita dan biasanya semua orang akan berusaha bersungguh-sungguh nak capai cita-cita. Hihi.
Cita-cita sejak kecil nak jadi Interior Designer. Sampailah sekarang. Walaupun aku dah menjurus ke dalam bidang Accounting, still... Cita-cita nak jadi Interior Designer tak pernah pupus dalam diri aku. HAHAHA.
Tapi, setelah 3 minggu belajar Audit, rasa macam nak jadi AUDITOR pulak dahhh. yes, don't get me wrong! aku dah jatuh cinta dengan subjek audit. Audit ni mencabar. (aku yang kata) Aku kan makhluk yang suka akan cabaran. Bukan cabaran yang ganas-ganas macam pergi daki gunung lepastu terjun ikut suka hati. Bukan macam tu. Tapi cabaran yang menggunakan akal fikiran. Macam main Pottermore. hehe. Find the magical quill, solve the problems, etc.
Kenapa baru sekarang nak bicara tentang cita-cita?
errrr....
1) selama ni cita-cita aku tak menepati criteria-criteria dalam bidang yang aku belajar. T___T naissss.
2) Tak pun sebab lecturer selalu ingatkan. Setiap kali kelas, selalu dia cakap ;
'kalau dah sampai semester ni tak tahu nak jadi apa? tanyalah diri sendiri'.
'kalau ikut kawan, tanyalah apa nak jadi dengan diri sendiri'.
'kalau sampai sekarang pun tak ada cita-cita lagi, jangan cakap dengan diri sendiri'.
haaaaa. kan dah kena motivation yang guna psychology. Thanks Miss L.
[struktur ayat telah diubah. penulis tidak dapat mengingat ayat 100% sempurna.]
3) Pengaruh daripada uncle? mungkin. Setiap kali cuti semester, (kadang-kadang belum sampai rumah lagi, uncle dah telefon suruh datang office setiap kali balik bercuti) Tahu aje. Tak boleh duduk goyang kaki kat rumah. Dia marah. Datang office tolong uncle buat audit, belajar audit, tengok audit 0.o, ikut meeting sana-sini. Tapi aku buat endah tak endah. Sedihnyaaaa lepaskan peluang depan mata.
Entri berunsur psychological motivation. Sila duduk tahiyyat akhir sekarang.
No comments:
Post a Comment