Aku makhluk yang bosan. Bolehlah nak samakan aku dengan makan kacang, kunyah-kunyah. arghhhh, lepastu rasa BOSAN! teramat.
Aku lebih suka menyendiri. Duduk rumah, buat kerja sendiri (siapkan assignments) makan-minum, tidur dan perkara yang sama berulang untuk hari-hari berikutnya. (mostly during weekend)
Apa motif aku buat entri yang memakan diri aku sendiri ni?
Sebab one of my classmate tanya "husna, what are you doing during weekend?" Aku tersentap. Sebelum soalan ini ditanya dia & rakan-rakan dah planning macam-macam. Nak pergi karoke (correct spelling?), movies, makan kat tempat best & sedap, shopping, etc.
Since she was notice I was looking at her, she asked me that question. Pada mulanya, aku hanya mampu tersenyum. Pelbagai jawapan bermain difikiran. Nak jawab ke tak nak? Bukanlah satu jawapan yang menarik perhatian orang untuk mendengarnya. T____T
Me : ohhh, kita duduk rumah je. Tak pergi mana-mana pon. Masak, tengok tv, online, siapkan assignments...tu jelah.
Classmate : Selalunya masak apa?
Me : on weekend, dessert jelah. Nafsu makan aku ke arah dessert. hehe
Classmate : huiiii, taste tinggi. Tak pelah, ko mampu.
Mampu? okayyy, aku rasa korang lagi mampu daripada aku. Boleh berbelanja sesuka hati tak kira masa & waktu tanpa memikirkan bahawa kamu perlu menghadkan perbelanjaan setelah melihat baki wang dalam wallet. Memanglah seronok bila tengok akaun dalam ATM ada jumlah nilai yang besar. Korang kena faham, aku tak ambil PT. Jadi tak boleh nak join korang kemana-kemana. Aku sendiri jarang sangat join housemates keluar berjalan-jalan.
Tell you what, kat sg petani ada satu shopping complex yang dikenali ramai. Central Square namanya. Cuba teka berapa kali aku pernah ke sana? TIGA kali. First time on first semester. Second time on 3rd semester & last time was in semester 5. First time sebab sementara nak tunggu train ketika balik cuti semester. Second time sebab keluar outing & aku teringin sangat nak McDonalds pada waktu itu dan last time ketika ikut housemates keluar makan selepas exam.
Tempat lain around Sungai Petani, jangan tanya sudah berapa kali aku jejakkan kaki ke sana. Village Mall? Tesco? Jetty? Kedai Nasi Ayam? (antara yang famous). Boleh kira berapa kali je aku jejakkan kaki ke sana.
Baiklah, satu-satunya Impian aku sebelum tinggalkan Sungai Petani adalah pergi makan dekat Jetty sebab husna BELUM pernah jejakkan kaki ke sana lagi. hihihihihih. lawaklah lawaklahhh Husna!
Surprise kan? Yelahhhhh. Husna kan suka macam tu. LOL :D
hey hey, pergi jalan-jalan di destinasi yang memerlukan anda menaiki kapal terbang lah baru mencanak! *geram*
hey hey, pergi jalan-jalan di destinasi yang memerlukan anda menaiki kapal terbang lah baru mencanak! *geram*
ohh, banyak lagi sebenarnya nak cerita. Tapi aku malu sebab certain coursemate silent reader of my blog. ahhh, like you care!
No comments:
Post a Comment