Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, December 5, 2011

Cuti Semester yang lalu

Cuti semester yang lalu, aku jadi seorang bibik yang hebat! Bibik yang boleh memandu kereta. Rasa macam COOL habis. Yelah, bosan je, grab the car key pergilah mana-mana yang kau suka. har har har. Alahai, Alamanda & The Mines je pon. Nak pergi jauh-jauh? Memang tak lahhhh. Aku tak berani. Yes, don't get me wrong. Memanglah aku nampak je macam gagah perkasa, suka ikut kata sendiri tapi hakikatnya aku tidaklah berani mana. Lagipun, aku bukannya suka sangat keluar rumah. Aku hanya mampu menghabiskan masa berjam-jam dengan online dan juga gain some weight sebab makan dalam bilik sambil golek-golek atas katil. Hebat berasa! hahaha. Eh, tak. Acah je. Tak professional lah kalau gitu. 

Disebabkan parents tidak ada di rumah dan aku ada kawan baik (cousin) yang sekepala, tiba-tiba sahaja sifat berani itu datang. Sepertinya aku adalah Suria Baja Hitam. Jadi, kami nekad untuk ke The Mines semata-mata nak makan Takoyaki. (lihat sini). Sebenarnya, kami bukan ingat sangat jalan ke The Mines. Selalu naik KTM sampai serdang, pastu jalan kaki sekerat, dah sampai. The Mines pulak memang leceh nak cari parking. (ini aku yang kata) sebab banyak sangat tempat parking. Terbahagi kepada Mines Resort & Mines Shopping. Kalau dah termasuk ke bahagian Resort, memang jauhlah nak kena jalan kan? Malas! 'Jalan kaki sangat malas. Kalau boleh, nak pandu masuk ke dalam Mines terus' (ini teori aku)

Sampai sahaja di Tol Sungai Ramal (B) , aku tersilap masuk lorong tol. Aku lupa yang Touch n Go aku sudah kosong. Aku sebenarnya nak masuk ticket lane. Tapi termasuk lane tambah nilai diluar sedar. Haihhh, Gila! Aku tak mahu tambah nilai. Walaupun aku punya duit untuk tambah nilai, tapi sangat tak seronoklah kalau aku tambah nilai dengan sendirinya. Lagi untung kepada diri sendiri kalau guna duit ayah untuk tambah nilai. Rasa macam dapat guna kredit kad. Zaassss sesuka hati anda! fufufufu. Lempang sekali dua. 

**********

"Ye dik"
"Saya dah salah masuk lane"
"Kad tu tak boleh guna dah?" dia nampak pulak Touch & Go card yang aku letak di bahagian meter.
"Oh, ni tak ada duit dahhhh"
"Tak nak tambah nilai?" he was knitting his brow.
"Errr.... Tak nak" 
"Tak ada duit?" he asked. (Ehhhh banyak tanya pulak. Alahaiiii)
"Ada!" 
"Tambah nilai jelah. Pastu boleh jalan dah" (sambil senyum. dia ajar aku how to use Touch & Go)
"Tahulah. Tapi tak nak lah tambah nilai. Bagi tiket jelah" *muka aku dah mula rasa panas* 

**********
"Ke.. tak ada duit ni?" dia tanya lagi. 
Little cousins dah ketawa terbahak-bahak kat belakang & muka Miza & aku masih steady.
"Ada. Tapi saya tak nak guna duit sendiri. Saya nak ayah saya yang top up kan. Saya nak tiket" 



huh?? tak sangka aku cakap macam tu kat orang tol. Why ohh why I'm telling him that thing? Perlu ke bagi tau dia? Sounds stupid kan? Professional person can't tell such thing Husna! Dasyat la macam ni. Tak remaja lah kalau macam ni.

Tiba-tiba...


"AHAHAHAHAHAHAHAHA " (terus keluar dan mendapatkan tiket untuk aku).

"Nah, suruh ayah isi banyak-banyak tau nanti" kata dia sambil menghulurkan tiket tol. 
**********
Aku diperlakukan macam anak-anak kecik. Tak guna.
Ya. Aku sangat tak matang. "hello, I'm just 20 okayyy" -sudah tidak boleh diguna pakai lagi. 

Pengajaran yang saya peroleh ialah : 
1-Lain kali kalau nak keluar rumah tolong beritahu. Padan muka dah malu. TT_____TT nangis banjir. iskkk
2-Perhatikan sekeliling. Kalau ada 'manusia hensem' tolong jangan buat perangai childish.
3-Kalau kita terlalu kedekut untuk keluarkan duit, sampai bila pun kita tidak akan jadi kaya. (pesanan emak) 
4-Jaga maruah okayyy.
5-Tak baik gelakkan orang. (this goes to you toll gate boy)  LOL :D

Cerita malu sudah habis. Semua boleh bersurai. 

No comments: