Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Friday, October 21, 2011

Kakak mithali senang dicari.

Tajuk di atas adalah benar belaka. Bukan salah mata, bukan juga salah lidah yang membaca. eh eh? Baiklah, sempena cuti semester ini saya ada tugas khas dimana (sila rujuk entri sebelumnya sebab saya sedang sibuk kalah menteri) HAHAHA. Tugas ini harus dilakukan dalam tempoh EMPAT hari. Baiklah, mari kita lihat bagaimana seorang kakak mithali baru sahaja pulang sempena cuti semester menjalani tugas khas ini. 

Hari pertama
Masuk tidur pukul 12 & bangun pukul 3 sebab dah nak bertolak pergi airport. okayyy, memang cantik lah mata. dah lah susah nak tidur. perubahan tempat lah katakan. Pukul 5 pagi bangun sebab kanak-kanak riang dah bangun. ok. fine. bawa dia pergi bawah tonton cartoon. perghhhh. hari ini saya tonton siaran 611,612,613,615 & 616 seawal pukul 5 pagi & berakhir pada pukul 9 malam. tak larat nak ulang cerita sama setiap hari. phineas and ferb, WAJIB! ohh, masih ada 3 hari lagi. :\ Aktiviti di malam hari, kami buat sushi. hihi. tiba-tiba teringin nak makan sushi. Memandangkan semua bahan masih ada, jadi semua orang excited nak makan buat sushi. 

Buat sushi macam main Play-dough.


Hari kedua
Hari ini bangun lewat. Tak sempat nak breakfast yang meriah-meriah. errr.. I mean makanan yang di masak menggunakan dapur gas. Jadi hari ini hanya breakfast ala kadar je. Makan roti dengan kaya. Tak macam semalam makan bihun goreng. Disebabkan semalam tak kemana-mana jadi hari ini pergi bawa kanak-kanak riang makan aiskrim mcd dekat alamanda. eh, macam kajang tak ada mcd. haha. Sengaja je. Dah lama tak jejakkan kaki di alamanda. Dah nama pun kanak-kanak riang, mana reti behave. Jalan laju je. kat escalator pun nak guling-guling. eh, adik siapa tu? hahahaha. :D dan hari ini juga baru kitorang nampak dunia luar. Perghhh, terer gila aku driving. Oh, nak ucap tahniah pada diri sendiri sebab dah berani drive c200 pergi Alamanda. heeee




Hari ketiga 
Hai, rutin saya hari ini sama seperti dua hari sudah. Bangun pagi, sarapan, hantar kanak-kanak riang pergi sekolah, doing house chores & tonton channel 611 sampai petang. eh tak tak. Kanak-kanak riang sahaja ok. Disebabkan semalam dah pergi Alamanda, hari ini pergi cuci mata di The Mines. Dah lama tak pergi. As suggest by one of my friend, he said The Mines dah maju. woahhhhh. Excited. Kami pergi The Mines lepas hantar kanak-kanak riang pergi sekolah petang. Kami pergi berlima. Tujuan sebenar nak pergi makan Takoyaki. Sejenis makanan jepun. kat Melbourne Merbok tak jumpa. hihi. Di samping itu, kami beri ikan makan walaupun ada papan tanda larangan "no fish feeding". Typical Malaysian, mereka suka buat apa yang dilarang. hahahaha. Kanak-kanak ribena sangat aktif. Pukul 10.30 malam minta nasi dengan telur separuh masak. perghhhhh. Nak tak nak kena turun bawah & masak.  Nasib baik behave di Mines petang tadi. Kalau tak, tak kawan dah malam-malam ni. hahahaha


Typical Malaysian. They prefer do what are prohibited.

Bagi makan roti beli di Giant Superstore.

"jangan gaduh-gaduh. bah bagi roti. " =.='

Muka budak yang teruja nak makan Takoyaki. hihi

Takoyaki (octopus balls) is a popular must try Japanese street food which originated in Osaka. It was really tasty and fun to eat but messy to make

Hari keempat
Hari ini mood tak baik. Siapa kacau tak nak kawan. Bangun pagi tengok phone, kanak-kanak riang delete semua contact. phewww. Check reminder, semua dah hilang. sedihnyaaaa :\ Salah diri sendiri juga tak reti jaga phone. biarkan je orang nak guna. Nak letak mana-mana pun tak kisah. Ok, sekarang ni nak jadi kedekut. hahahaha. eh tak tak. Tak kisah. My mobile phone is not an important thing. Semuanya berlaku semalam. Macam mana lah boleh tak perasan. haihh. Disebabkan mood tak berbunga hari ini, semua orang duduk rumah diam-diam. 


Ohh, saya dah dapat souvenir dari Chiang Mai.  (: 

1 comment:

Khai said...

the most reason aku tak update blog sebab tak ada apa nak cerita. Sapa nak baca cerita rutin aku bgn pukul 11, makan, lepak online jer hari hari. heee :)

btw, nice entry with pic. adik kau comel, err, yg pompuan tu. :D