Hear me by this.
For things to change, I MUST CHANGE FIRST!
Friday, August 5, 2011
meet my pen pal everyone!
By the way, kepada siapa-siapa yang tak percaya aku yang tulis entri ini, silalah merujuk kepada ilustrasi tulisan diatas.
Aku sudah lama sedar yang aku ini memang seorang yang membosankan. Mungkin ia disebabkan nature aku yang ingin menjadi seorang yang aktif dan ceria (kononnya). Oh bukan. Sebenarnya aku memang dilahirkan begini. Sejak kecil aku memang tak ada ramai kawan. Kalau ada kawan pun, biasanya akulah yang menjadi bahan ketawa atau mangsa buli sebab nature aku yang suka mengalah dan tak nak bergaduh mahupun marah orang. Kalau marah, mesti aku yang menangis, bukan orang yang kena marah. Haih, susahlah nak cakap. Nature tu somehow merebak sampai lah ke dewasa dan padan dengan muka aku.
Nature aku ni lebih menyerlah kalau aku nak berkomunikasi dengan lelaki. Aku memang lebih senang kawan dengan perempuan. Lagipun, sesama perempuan bukannya kisah sangat kalau kawan dia yang lain macam gila-gila perangainya. Boleh sekepala. Unless kawan buat hal, memang nak kenalah tu kan (?) & emo tak tentu pasal. rasa macam nak sekeh je. eh tak tak.
Bercakap pasal lelaki ni, aku ada kisah.
Tak lama dahulu, aku ada kenal dengan seorang lelaki ini. Aku memang tak pernah jumpa dia depan mata. Perkenalan dari alam maya lah. Honestly, aku suka dekat dia. (Pengakuan eksklusif) Cuma aku tak pernah beritahu pada dia sebab aku ni pemalu orangnya. Aku percaya yang perigi tidak perlu mencari timba. Eh, suka hati sayalah. Sampai aku rasa aku sendiri berani nak beritahu, aku beritahulah. Kenapa aku suke dia? Pendek kata, dia memang perfect la. Kalau tak, tak fly ke Oversea lah sekarang ni. Sudahlah comel, kuat dalam agama, amat ambil berat, memenuhi criteria etc etc (banyak lagi sebenarnya) dan semestinya memakai spec. heee, I Like. Kiranya kalau kriteria-kriteria untuk lelaki yang boleh dijadikan calon suami, kalau guna big-O notation, dier kire 0(1) yakni constant, the best algorithm in programming. Kalau kriteria-kriteria tu macam universiti pulak, dia tu tahap MIT atau Stanford (bagi computer science) and aku ini hanyalah sebuah College.
Kitorang dah berkawan lebih daripada setahun. Umur kami sebaya. Kami berkenalan since he was in college doing his IB. Perkenalan selama setahun mesti ada berlaku sedikit bibit-bibit cinta. Tipulah kan kalau tak ada rasa cinta tu. Eh, aku budak kecik lagi. Tak reti nak berbicara soal cinta. Hahaha. Kalau tak, tak adanye dia bagi aku something that I have to think seriously. Well, aku kan pemalu. Aku tak reti nak berkias-kias. Ahhhhh..Surrender. Aku buat tak tahu je dengan idioms yang dia bagi aku tu walaupun aku tahu meaning dia.
Walaupun dia dah fly ke oversea, kitorang masih lagi berhubung. Through email, ym & skype lah. Sms? Amboi, kaya nya awak ni! This is the first time I’ve learn to use webcam, voice call tu sume. Heee..Dah, dah. Malas nak cerita. Actually, I don’t find it is appropriate to be put on my blog.
Memandangkan masing-masing sibuk dengan study, jarak yang menjadi penghubung (eh?) tak ada apa yang nak diceritakan dan aku pula semakin jarang online (kononnya) kesannya, aku dah malas nak chat dengan dia lagi. Sombongnya aku. Wuuuu. Hanya dapat leave a message dan balas macam tu je. Haih, over lah those days. Rindu. Sekarang ni, aku dapat rasakan, secara tiba-tiba dia menyepi diri. Dia tak lagi tegur aku macam biasa walaupun aku tahu dia online masa tu. Errr.. adakah capaian internet yang luar biasa menyebabkan dia tak tahu yang aku sedang online sebenarnya? & aku jadi super duper excited setiap kali terlihat button online menyala pada nama dia. Kahkahkah. Memang pon. Internet sangat luar biasa di sini. Gunalah apa jenama sekali pon. Tak dapek nak nolong nyo. Kalaulah stremyx tu boleh angkut, dah lama aku angkut. haiihhhh
Sekarang ni, bila aku tegur dia pun macam nak tak nak je. Tak ada apa yang nak diceritakan mungkin?. Mula-mula tu aku tak dapat terima lah juga sebab benda tu memang berlaku secara tetiba. Tapi lama-kelamaan aku fikir, memang patut pun. Siapa je yang nak kawan / kahwin dengan aku yang membosankan ni. Dalam hal ni, aku memang tak salahkan dia sebab aku memang layak terima situasi macam tu. Mungkin korang akan kata, nape tak try tegur lagi? Well, aku ni memang jenis yang tak suka paksa orang lain. Kalau aku tegur tapi dia tak nak tegur balik, kenapa perlu aku paksa?. Lagipun aku tak nak la dia anggap aku ni sebagai perigi mencari timba. Kalau orang tu tak nak kawan, memang aku tak boleh nak buat apa. Errrr…Sebenarnya aku nak je tegur. Bukan tak mahu, tapi capaian internet yang luar biasa di Melbourne merbok ni membuatkan aku tak dapat berhubung. HAR HAR HAR. Acah je.
Seriously, jangan anggap cerita ni cerita tragik / menyayat hati. Benda ni aku saje je nak cerita sebab nak demonstrate betapa boring nya aku ni even kaunselor sekolah sendiri cakap aku ni introvert person. “Padanlah asyik bertapa depan computer setiap hari, lack of experience, not into outdoor activities such as camping, etc and choose to be alert with current issues, read all the facts, memorize history, etc.”
Rasanya, aku perlu berhenti disini. Tak ada apa yang nak diceritakan lagi. Biarlah tergantung macam ni. Sorry kalau aku biarkan korang semua buang masa dengan membaca entri panjang berjela tak masuk akal ni dan ohh ya, Siapa kata tak boleh tutup entri secara tergantung macam ni? Siapa kata? HAHAHA.
Sebenarnya, bukan tak nak cerita lagi, tapi internet connection tidak mengizinkan. Eh, ada kaitan ke? ADA! Sebab aku amat emotional dengan internet sekarang ini. So, bila internet sudah pulih, maka semuanya akan menjadi normal selepas ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment