Lintas langsung dari Merbok. Saya, Nabilatul Husna benar-benar berharap bahawa tahun ini adalah tahun terakhir saya berbuka puasa di institusi pengajian tinggi/kolej/rumah sewa. Sedih lah tak dapat sambut bulan yang mulia bersama keluarga. Sebenarnya saya dengki, bai. Orang lain buka puasa makan dengan family, berdebar tunggu azan ramai-ramai, pergi bazaar ramadan dengan mak dan ayah, tapi saya, bungkus nasi daripada bazaar depan rumah. Bukan tak bersyukur, ya, saya berterima kasih, sekurang-kurangnya masih ada makanan untuk berbuka dan bukan hanya makan maggi kerana tak sempat nak masak atau di bazaar sudah kehabisan makanan.
Saya tak tahu kalau-kalau hanya saya yang perasan perkara ini. Saya harap ia tidak berlaku kepada anda. Sejak dah makin besar ni saya rasa suasana sambut bulan puasa semakin kurang meriah. Kalau dulu, semasa di menatap di rumah (walaupun abang tiada, ada di asrama) berbuka puasa tetap meriah. Selalu macam nak lumba siapa dapat rasmikan makanan tu dulu dia menang. Haha. Kalau pergi bazaar Ramadan, nak dessert itu ini, air berjenis-jenis. Tapi, lepas je makan masakan emak (rasmikan dulu, itu semestinya) makanan yang dibeli tak terusik. Masing-masing kekenyangan. Perut dah senak. (typical Malaysian) Astargfirullah. Lepas makan, terus solat maghrib & bersiap-siap nak ke masjid solat tarawikh. Balik tarawikh, akan ada second round makan makanan yang dibeli di bazaar petang tadi. Haha. Eh, kata berpuasa di bulan ramadhan boleh menjadikan kita sihat, matlamat untuk menkuruskan badan tercapai, ni apa cerita bertukar jadi super saiya yang kuat makan (?) HAHAHA.
Saya juda dapat merasakan bangun sahur sudah tidak gembira lagi seperti dulu. Sekarang, bangun sahur hanya bergantung pada alarm daripada telefon. Kalau alarm tak berbunyi, tak dapat nak cakaplah. Astarghfirullahhalazim~. Kalau dulu, emak yang kejutkan. “5 minit. 5minit” haaa… huuuuu.. aaaaa… (padahal mata tertutup). Memang seronok. Lepas sahur tak tidur dah sebab nak siapkan puzzle yang berjumlah 1000 tu haaa. Balik sekolah, makan tengah hari. Tapi disebabkan bulan ramadhan, sambung buat puzzle sampai tertidur. Kalau zaman sekolah rendah, pengaruh seorang abang sangat kuat terhadap adiknya. Kalau dulu, takut dengan emak je, belum tahu kita sepatutnya takut akan Allah. Peti ais pula memanggil-manggil. Penangan Air putih sejuk yang paling menggugat sekali & terjadilah adengan yang tak sepatutnya berlaku. Haha.
Haih. Over are those days. Tinggal sebagai memori manis. sekarang, let's just make the most of what we have. Dan yang penting, tolong pergi terawih, ye..
1 comment:
Kenangan2 djaman dolu2 ni..hahaha
Post a Comment