Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Thursday, January 13, 2011

Saya ingin memperkenalkan perkataan baru

Saya, Nabilatul Husna, ingin memperkenalkan perkataan baru dalam pengunaan sesuatu ayat. Bukan lucah. 

Sila baca dalam loghat utara. Kalau tak tahu, usahakan sampai tahu. Barulah faham.

Satu hari di dapur di rumah kawan. 
Kawan 1 : Weh Salmah, pant*t kuali hang memang hitam legam macam ni eh?
Kawan 2 :Yelah, dah kata dok umah sewa.

Aku : Selamba gila cakap carut-carut. (cakap dalam hati sebab tengah sibuk potong sayur).

Tahap keingintahuaan aku yang tinggi membuatkan aku berfikir sedalam-dalamnya sampai kerut-kerut dahi & disebabkan aku malas nak menyampuk, jadi aku buat andaian sendiri. Biasalah, azam tahun ini nak jadi pendiam.haha

Maka, andaian aku ; Pant*t = bontot.
Saya tak pervert ok. Ini apa yang saya dengar di Kedah ini. 
Apa yang saya tahu selama ini, bontot = punggung. Jadi?

* Salmah. Obviously bukan nama sebenar.


Satu hari di dalam kelas.
Kawan 1 : Ala..dah tak ada kerusi.
Kawan 2 : Takpa, mai sini kita share.
Kawan 1 : Tak naklah. Tak muat pungkok.

Aku : Eh, mana satu ni? (sambil kerut-kerut muka imbas kembali)

Sekali lagi, aku buat andaian sendiri. Andaian aku pungkok = punggung.
Berdasarkan 2 situasi ini, aku dah paham. Mana-mana perkataan yang digunakan (diitalic+boldkan) adalah sama maksudnya dengan fahaman aku selama ini. 
Jadi, boleh guna mana-mana perkataan sahaja.

Tapi, disebabkan aku minat nak ambil tahu certain words yang digunakan oleh mereka-mereka disini, (pernah buat satu buku nota salin perkataan & maksud daripada mereka) tanpa segan silu aku tanya kawan.

Aku : Zaiton, apa maksud pant*t? cepat. Lepas ni belanja aiskrim.
(tanya konon-konon orang tu bukan orang kedah)
Zaiton : tak baik mencarut lah Husna! (marah sambil jegilkan mata)
Aku : nak carut apenye? Bontot kuali lah. Ok, tak jadi belanja aiskrim.
Zaiton : tak kisah. Hang tu mencarut. Pant*t tu macam word lucah & seangkatan dengannya lah.
Aku : eh, ye ke? Habis tu ape yang aku dengar tu eh? Tak pelah. Abaikan.

*Zaiton. Obviously bukan nama sebenar.

& sampai sekarang aku tak paham. Aku rasa lebih baik aku ikut apa yang aku paham selama ini. =.=’

*Aku tahu mencarut itu berdosa.
*Tapi, kalau guna perkataan carutan itu pada tempat yang tak bersesuaian, bertambah dosa lah kan? malah boleh memalukan diri sendiri. At least, kita kena ambil tahu jugak kan?

2 comments:

Khai said...

hahaha...lock luck la hang nih..haha..nice entry..keep it up husna..kalo xtahu jgn segan2 tnya aku..kita 2 kelas sama..haha

husna. said...

khai : lock luck? = loqlaq?

Hahaha. yelah.. tanpa segan silu aku tanya lah nanti.