Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Tuesday, January 11, 2011

Bila sudah berjauhan memang begini

ini apa yang aku tweet sebelum pulang ke kampus.

Sekarang ni aku nak beritahu bahawa aku telah tertinggal Water Heater. Disebabkan SATU SAHAJA BARANG, aku rasa macam nak balik rumah sekarang ni jugak walaupun dah dua minggu aku berada di kolej. Serius. Jangan main-main dengan ego aku.

Aku kan makhluk yang banyak songeh. Aku memerlukan segala benda untuk melengkapi tiap-tiap nafas aku. Ehem, bukanlah segala barang di rumah perlu dibawa ke kolej. Maksud disini, barang yang aku selalu gunakan. Yelah, macam handphone. Bila tak ada bersama, rasa jengkel kan? Tapi aku tak kisah sebab aku menyayangi Laptop melebihi handphone. HARHARHAR

" kau ingat kampus sebelah rumah? "

Baiklah. Aku sedar dimana aku sedang berpijak sekarang ini. Ternyata disebabkan SATU BARANG SAHAJA aku boleh merana macam mahu pengsan di kolej ini. Bersesuaian sekali dengan apa yang aku tweet. Jadi? Ayuh cari jalan penyelesaian.

Aku terpaksa buat pilihan dimana pilihan yang aku senaraikan ini memakan diri aku sendiri. hohhohhoh.

1) Telefon emak & minta tolong emak poskan water heater itu.
2) Pergi beli water heater yang tidak sampai RM50 itu.
3) Ambil sahaja air dari water dispenser selama sebulan.

Konklusinya,
Aku pilih no 3 sebab hujung bulan ni memang nak balik RUMAH dahhhhh. HAHAHA (: Tapi, aku terpaksa menanggung penderitaan. Ibarat aku minum air paku setiap hari. Hiperbola belaka kan?

Aku tak pilih no 2 sebab untuk mendapatkan satu water heater yang harganya tidak sampai RM50 itu, boleh jadi double triple punya harga. Kampus aku bukanlah terletak di tengah-tengah Bandar. Jadi? faham-fahamlah ya. Kalau tak faham, diam atau teruskan ke bacaan berikutnya.

Sebab aku tak pilih no 1 adalah aku tak nak menyusahkan emak. Aku nak jadi anak yang baik. heee (: Lagipun, tentu emak sibuk dengan kerjaya. Almaklumlah, sudah masuk semester baru ni kan.  Kalau nak, ambil sendiri lah husna ooi~ 

Ouh, anda juga ada cadangan? Boleh utarakan *cehh, mentang-mentang dok belah utara tuuu. Saya tak marah punya. (:

2 comments:

Khai said...

seronok ko update entry yer husna.haha..water heater jer pun..pinjam la kt kwn2..:)

husna. said...

khai : memang seronok. aku ikut tips drpd ko lah. 3 HARI CUTI beb. (:

tak biasa lah. nak kena guna barang sendiri baru puas hati. tak mengapa. aku boleh bersabar lagi ni.