Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, January 24, 2011

kalau nak balik tu, balik sahajalah

Setiap hari pangkah calendar. Tak pernah-pernah aku buat macam ni. Hobi baru dalam hidup. Iyelah, sejak duduk berjauhan ni kan. Bererti sudah 2tahun aktiviti memangkah calendar aku lakukan. Bangga sebentar.

Baiklah, cuti bermula 27Januari. Tapi, aku nak balik 26Januari. 27 Januari ada satu kelas. Aku ingat nak skip. First time jugak aku nak try skip kelas.(pengakuan berani) Tak tahulah macam mana. Dah komplot dengan kawan yang sehati sejiwa yang datangnya dari Kuala Lumpur jugak. (ape kelas komplot dengan mereka yang duduk di Kedah) ohh ya, yang penting sekali aku dah minta izin bonda. Bonda pon senyum sahaja. (dia tahu anak dia.) Aku bagi alasan sebab nak balik cepat. Lagipun, nak balik ke negeri sendiri memakan masa berhari-hari sebab aku naik Train bukannya tongkang & seangkatan dengannya. HAHAHA. Acah je. Selalunya esok baru sampai & memang memenatkan. 

Ok. Nak beritahu sesuatu..


Kalau budak baik nak buat jahat, tentu tak jadi punya. Mesti ada yang dengki. Banyak tanya lah, macam-macam lah, diam-diam sudahlah. Sibuk nak tahu aku balik hari apa. Ahhh like you care! HAHA. Paling menyedihkan, sengaja nak buat kelas ganti pon ada. Almaklumlah, kelas hari khamis hanya SATU sahaja & telah dibatalkan. Heaven! sebab Lec ada meeting pagi tu. Makanya, aku tak dikira sebagai memonteng kelas. hahaha.

Ohhh ya, aku booking tiket train secara online. Jadi, tak perlu menyusahkan diri aku untuk keluar ke Bandar yang tidak menarik perhatian aku itu. Ohh ini sahaja public transport yang boleh aku banggakan di Sungai Petani ni. Bas mana boleh booking online kan kan kan?

Akhir kata, semoga Lapangan Terbang WUJUD di Sungai Petani hujung minggu ini. Eh, boleh ke? Jangan berangan lah weh. Tidur & bangun esok pagi takkan ada punya. HARHARHAR!


as usual, I'm the last child arrives to home for Chinese New Year. 
grrrr. Abang menang lagi :(

2 comments:

Khai said...

banayk songeh la kau ni...aku lepas klas ni kena beli tiket balik utk budak2 ni..ko xnak join? ahahahaha

husna. said...

tak pelah. dah ada tiket. lainlah kalau nak ajak aku lunch hari ni. hahaha.