Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Friday, January 21, 2011

Ini apa yang saya selalu tengok

Perkara menarik di Kampus.

1) Ternyata para pelajar gemar akan makanan yang dilabel sebagai ‘makanan free’
2) Minyak untuk kereta sewa akan diisi sebanyak RM5 sahaja. Tak boleh isi lebih melainkan pergi jauh. RM5 itu bertahan untuk pergi ke Bandar & pulang semula ke UiTM. (Satu haluan tanpa melencong)
3) Aktiviti yang DIWAJIBKAN itulah membuatkan para pelajar mengeluh & pergi dengan rela hati.
4) Pergi Library sebab nak duduk di tempat yang berhawa dingin semata-mata sambil menunggu kelas seterusnya.
5) Ramai tak percaya bila pelajar lelaki cakap mereka sedang berdiet. Korang memang tough.
6) Tiket bas pulang ke negeri sendiri selalunya dibeli 3minggu lebih awal.

Tapi saya,

1) Malas nak beratur panjang bila dah sampai turn, dah habis. jadi, tak perlu.
2) Tak pernah isi RM5 sebelum ini sampai kawan pon perli & akhirnya saya try sekali. Haha. Bangga.
3) Aktiviti yang wajib itulah saya tak mahu sertai. Duduk diam-diam dalam bilik sudah memadai. Haha
4) Pergi rebut sofa di depan TV & tonton rancangan astro seperti sedang berada di rumah sendiri.
5) Percaya dengan diet mereka. Walaupun siang tak makan, malam mereka melantak habis-habisan. Nak tipu ye?
6) Beli on the spot. Tiket bas sahajalah. Saya percaya bahawa tiket bas tak mungkin akan habis. Apa, ceruk sangat ke Sungai Petani ni? Dah 2011 ni.

*Yelah, emak melarang keras aku menaiki bas dari Sungai Petani ke KL. Bila darurat sahaja aku naik bas. HARHARHAR.

Baiklah, aku mahu tidur.
Selamat malam semua. Selamat malam untuk diri sendiri. Si degil akan terus berdegil biar sampai hujung nyawa pon.

2 comments:

Zinedine Zaiddin said...

Saya tahu sebab2 sebenarnya:

1) banyak duit, orang kaya, x heran makanan free

2) Pun sama gak, banyak duit, so x main la isi RM 5, isi rm 50 trus! HAHAHA

3) Memang jujur, dan baru lah student life! Apa barang join aktiviti wajib2 ni..keh3

4) Anda dan rumah memang x dapat dipisahkan. Karang dh grad terus kawin ya? Jangan gatal2 nak kerja..duk rumah je. -.-

5) Orang lelaki makan sekali aje sehari. Kira ok la tu. HAHAHA

6) Reason sebab banyak duit..lagipun bukan awak ada kereta ke? :P


HAHAHA..syok nya men pangkah2 orang ni.. XD

husna. said...

@Zinedine Zaiddin

1)masih tak ada duit sendiri. di bawah tanggungan. harap maklum

2)kereta sewa, buat apa isi banyak2. membazir. hahaha. RM10 ok ape..

3)kan kan kan. barulah student life (:

4)baik kawen lagi dua jam. ;p

5)makan sekali sehari? erk! yelah..nak saving duit utk kawen kan. HAHAHA

6) masih belum mempunyai kereta sendiri (: