Aku teringin untuk hidup di satu wilayah yang mana tiada wujudnya urusan kewangan. Wilayah yang dinamakan.. 'Free Land'. Ye, semuanya percuma. Air percuma, makan percuma, shopping percuma dan kawen pon percuma. Kalau rasa teringin nak menikah, amek je bawak ke pejabat kadi. Semuanya percuma! HARHARHAR! **percuma percuma percuma... sampai semua rakyat jadi gila dan bebal**
Angan-angan dibatalkan. Harus terus berusaha dan berdoa! Harus percaya pada rezeki ketentuan Allah SWT.
Oh, seperti biasalah. Aku sudah 'sedap' nak buat mukadimah dengan barisan-barisan ayat penipu. Sedikit waktu lagi, dah tentu hidung aku akan panjang seperti Pinocchio. Tentu kelakar bukan?
Oklah. Lupakan. Sebenarnya dah lama aku nak cakap tentang perkara ini. Tapi, tak berkesempatan. Bukan tak berkesempatan, Cuma aku takut sangat untuk luahkan apa yang dah lama terpendam. Maafkan aku kerana terpaksa luahkan dekat dalam blog ni sebab aku tak nak orang lain salah faham dengan aku dan sebab aku takut akan memakan diri aku sendiri. huhhh, sungguh berat nak ku katakan… sebenarnya kan.. sebenarnya kan dah lama aku nak cakap…yang…. *stapler mulut husna sekarang. Tembel!
“Kalaulah ‘orang baik’ boleh dibeli”
Beberapa jam yang lepas, tiba-tiba aku teringat tentang persoalan yang dah lama bermain di fikiran aku. Tiba-tiba je terlintas. Jadi, terhasillah entri ini. Persoalan ini timbul selepas aku selesai menonton cerita Absolute Boyfriend.
Kalaulah…
kenapa tak macam ni?
Tentu menarik kan?
Arghhhhhhh! *rasa nak pergi selam muka 4jam dalam air
Dalam cerita absolute boyfriend tu... Dah, malaslah nak cerita! *Secara tiba-tiba mood bercerita telah hilang*. Sesungguhnya, aku sangat malu untuk bercerita. Kahkahkah. Kepada mereka yang nak tahu lebih lanjut, tonton sahaja cerita itu. Then , you will know what I mean.
Dengan ini, aku tamatkan entri ini dengan jalan cerita yang tergantung dan tergesa-gesa sebab barulah ada persoalan yang akan timbul daripada mereka yang membaca kannnn? ^^ Lagi satu, siapa kata tak boleh tamatkan entri dengan jalan cerita yang tergantung dan tergesa-gesa? Sape kata..Sape kata?! Grrrr~
4 comments:
la....
br beria2 nk bace..
hurm...
:((
baru semngat nak baca entri kau...da down balik...adoyai.... :((
hehe senyum je bace, unsur2 jenaka ;p
hahaha. relax lah korg. kata main-main. lalala~
Post a Comment