tapi sebab...
Broadband sudah mula menunjukkan ketidakcemerlangan dalam menjalankan tugas. Hiarghhhh!
Sebenarnya, aku sangat lega kerna tidak lagi menjadi gadis liburan yang asyik mengadap internet. Mata aku ni naik juling dek cahaya pancaran screen komputer. Oleh itu, aku bekerja keras mencari peluang-peluang kerja baru untuk dilakukan supaya aku tidak hanya asmaradana sampai maut dengan internet. Dah, aku tipu. erkkk!
Jadi,
saya minta beberapa ketika untuk berehat dari menghasilkan contengan-contengan tidak berdosa yang selama ini dihasilkan dengan keringat cemerlang. Saya berehat menulis kerana saya mahu bekerja untuk akademi saya. Alasan lain, saya minta off record! Off record untuk kebanyakkan aksi-aksi kehidupan sejak kebelakangan ini. Untuk semua, semoga hidup kita mendatangkan makna kepada seisi alam :)
Sekarang ni aku masih bercuti. Cuti sempena study week. ‘Study week’ adalah masa untuk study. Sila ingatkan husna jika dia membuat perkara yang tersasar daripada tujuan asalnya.
Baiklah, mari angkat janji.
Saya berjanji tidak akan membuat perkara selain daripada study. Saya hanya akan memberikan tumpuan khusus kepada topic topic yang saya tak berapa nak mahir sebelum ini. Dan oh, maaf.. lagi satu. Okay, aku ulang balik angkat janji.
Ulang.
Saya berjanji tidak akan membuat perkara selain daripada study. Saya hanya akan memberikan tumpuan khusus kepada topic topic yang saya tak berapa nak mahir sebelum ini. Jika saya telah puas menelaah dan ada kelapangan, saya akan berehat serta conteng-conteng di blog & tonton movie sampai puas!
Seronoknya berjanji. Lagi seronok kalau dimungkiri. HAR HAR HAR!
1 comment:
ayat husna berbunga2. suke bace hehe
berukben selalu buat hal
bole bikin kte rugi ohhh
bayar hari2 ikut bulan mehhh
Post a Comment