Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Friday, October 1, 2010

candle light dinner ketika hujan lebat sangat menarik bukan?

Cuba teka apa yang aku buat sekarang ni? 

Aku sedang bergulung-gulung dalam comforter sambil menulis blog akibat kesejukan mandi hujan pada pukul 11 malam. Baiklah, ketika aku menulis blog ini, jam sudah menunjukkan pukul 12. 

Seperti biasa, bilik aku akan menjadi tumpuan selepas berakhirnya sebarang test. Sekarang ni, roommate & jiran selang satu bilik sedang sibuk memakan maggi tomyam ruski secara rakusnya. Hahaha. Mereka sedang bercandle-light dinner kat bilik aku ni sambil menonton doraemon the movie. Eh, apalah aku ni kan.. tu pon nak beritahu. Malulah diorang. *tepuk dahi kuat-kuat*. 

Baru sebentar tadi kitorang menyanyikan lagu happy birthday untuk salah seorang coursemate aku,khai


Untuk khai, semoga panjang umur, murah rezeki & semoga berjaya dalam final exam yang hanya disekitar selekoh tu. Buatlah yang terbaik. Aku tau ko boleh buat punya. HAHAHA. Terharu tak aku buat entry khas untuk ko ni? Eh, silap-silap. Bukan entry khas. Tapi perenggan khas. Hehehe

Okeh, berbalik kepada candle-light dinner, jamuan ini bertahan selama 15 minit sahaja sebab kitorang kepanasan dalam bilik. KAHKAHKAH. Pelik-pelik je perangai kan? Tulah, masa bekalan elektrik terputus tak nak candle-light dinner. Haaa, nak tahu tak? Tak nak tahu pon tak pe. Tapi aku nak beritahu jugak. Dah masuk 3 hari bekalan elektrik asyik terputus dekat kolej ni. Pagi-pagi ada, tengah hari tak ada. Menjelang Maghrib baru ada balik. Bila elektrik tak ada, air pon mulalah tak ada juga.

Bila dah selalu sangat tak ada elektrik ni, waktu petang berlalu sebegitu sahaja. Paham? Banyak main daripada menelaah lahhh. Akhirnya, sedikit menyesal tak baca buku petang-petang. =.=’ pastu gedik-gedik mengadu domba dekat emak sebab tak paham. Ok husna, sila sedar bahawa final exam hanya disekitar selekoh. 


Sekarang ni aku bersin-bersin tanpa henti. Aku rasa masa yang sesuai untuk aku tutup laptop sekarang dan pergi tidur. Esok nak tengok orang main badminton. Malam!

1 comment:

Khai said...

hahhaa....thankz sis...sumpah ak terharu... ;)
ala...nma pun kolej baru..besa la tu...maintance x stabil lg..heheh...