Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Friday, September 3, 2010

aku sibuk barangkali?

Lama aku tak tulis-tulis di sini.Lama tak update. Blog ni nampak sama setiap hari. Kandungan yang sama, isi yang tak diupdate, even side content pon masih yang dulu. Semuanya sama sejak berminggu-minggu lamanya.

Selain sibuk dgn kelas, aku sebenarnya malas juga nak layan blog. Bukan sbb dah tak minat, tapi laptop ni dah slow semacam. Buat aku hangin je tiap kali nak buat entry. Tensi tau bila laptop ni tersengguk-sengguk. Internet connection ok je. Laju je.Tapi laptop ni sendiri dah lembab macam siput. haishhh~

Sekarang baru boleh online setelah hampir 2 minggu tak online. cousin aku yang nak SPM tu jugak perasan. =.=' Eh, awak tak study ke haaa? 24hour online lah tu. Busu, jangan bagi dia laptop. hahaha.
hari khamis adalah hari terakhir kita ke kelas ye kawan-kawan. sekarang ni bolehlah nak qada' tido, layan movie, online, bermuka-buku, rebut mesin basuh semua tu haaa. dah selesai semuanya, boleh balik ke bandar halaman selepas ini. :D Tak sabar nak lepas kan rindu pada keluarga. nak jumpa big brother & adik. nak story-mory & rebut-rebut remote control. nak gamatkan suasana rumah yang sunyi sepi sebelum ni. sudah tentu, rumah sedang menanti kehadiran kami.

Terima kasih kat kamu-kamu yg jenguk juga blog aku ni.Entahkan sapa yg jenguk, aku pon tak tahu.Yg aku tahu, hit counter tu terus ja hit up! TQ lagi sekali. Yg dah dtg, then ada tag kat shoutboard tu, siap kasi link lagi, sorilah kalau aku lom sempat buat kunjungan balas.Aku sebok. *entah apa yg aku sebokkan skang, aku tak tau*

*******************

"Inilah accounting. Tak lari daripada kira mengira.Kamu semua bukan student biasa yg ada byk masa macam student course lain. Kamu kena bekerja 2 kali lebih masa dari org lain"

hah! lecturer kitorang selalu ingatkan benda ni. Bunyinya sinis tapi benar belaka. Dan utk bidang yg aku pilih ni, entah dah berapa kali aku menitis air mata. But to give up, never!

Manusia mempunyai hati dan perasaan. Akhirnya aku tewas. Aku menangis jugak. Tapi kan, aku tak menangis sebab major subject aku iaitu account ni haaa. Mana mungkin? Chapter account sem ni best lah. Menarik you know! I like~  Ak nanges sebab subject lain. Minor subject . Tak tahulah kenapa semester ni ada subject LAW. Business LAW Hamekkk~
Dah banyak kali aku mengadu domba kat emak tentang subject ni. Duit emak pon dah banyak habis beli reference books. Daripada kamus, slide notes..etc. macam-macam. Setiap hari kena siapkan tutorial LAW. Setiap hari kena jawab satu soalan LAW. Setiap hari jugak kena menghafal LAW. Tapi, aku tak buat. Tunggak. Bila dah nak kena submit baru terhegeh-hegeh nak buat. hep hep, biasa dia tu! Sebab tu aku kata LAW ni macam complicated sangat~ 

Students accounting tak macam student accounting.paham? macam pre-law-rians pulak. hahaha. dah, sekarang, bukan masa untuk bermain.masa untuk serius.masa untuk belajar LAW. mesti praktikkan ape yang aku selalu cakap. ni semua kerana terpengaruh dengan statement gegehs merbokians tu haaa...ahahaha :P



harapan menggunung, usahanya pon mestilah kan?  

No comments: