Jakarta - Bandung BEST! Mur-Mer [part 2]
Kami ke Bandung dengan menaiki bas yang disewa khas. perjalanan kami ke bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam kerana macet yang teruk. sepatutnya, 2 jam sahaja... tapi disebabkan kelewatan berangkat dr rumah, hah! hamek, terperangkap dalam macet. percutian ke bandung kami namakan sebagai 'percutian gamble~' sebab kami main redah sahaja ke Bandung tanpa membuat tempahan hotel sume tu.. sampai je di bandung, terus ke restoran untuk makan tengah hari dan solat.
ingatkan bile perut dah kenyang bolehlah nak berehat sekejap..heh, jgn mimpilah husna. ibu-ibu sudah ada perancangan sendiri. jadual yang ada pon sudah ditukar disebabkan ibu-ibu sekalian gile bershopping! kalau boleh, satu shopping kompleks untuk satu hari. see~ mentang2 lah jadi jutawan sekejap.. sume barang mereka nak borong! ^^ sampai sahaja di bandung, tempat pertama kami tuju adalah Toko Tiga. Rata-rata pengunjung yang membeli belah disini kebanyakannya orang Malaysia. Toko tiga terkenal dengan pelbagai jenis pakaian yang berjenama termasuk lah seluar jeans, jaket kulit..etc. Sewaktu membeli belah di toko tiga, kebetulan kami sempat bertemu dengan kak engku & rombongan.
bila matahari dah tenggelam barulah terhegeh-hegeh nak cari tempat untuk menginap. akhirnya, ktorg memilih untuk menginap di sebuah rumah kampung di atas bukit. kira macam homestay lah. not bad. rumah tu cantik. saya sukakannya. uniknya rumah ini adalah ia diperbuat tanpa menggunakan sebatang paku! murah je. semalam RM200. seawal jam 8 pagi, kami berangkat meninggalkan tempat kediaman untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Baru. Pasar baru lebih kurang macam pasar siti khadijah. besar punyaaa~ ^^v Seharian kami bershopping disitu sehinggakan destinasi ke Bogor terpaksa dibatalkan. sedih~ tak mengapa, lain kali kita pergi lagi ye..
okeh nenek.. ujung taun support tiket g jakarta lg ye~ hahaha :D
biar sy yg tolong bookingkn tiket.. *thumbs up!
No comments:
Post a Comment