Jakarta & Bandung merupakan destinasi percutian kami sekeluarga kali ini. Ini merupakan percutian pertama dalam tahun ini. Tujuan kami ke Jakarta adalah untuk bertemu dengan our relatives disamping bercuti dan membeli belah. hehe (: kami ke Jakarta selama seminggu. bertolak dr lcct pukul 7p.m dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk tiba di lapangan terbang soekarno hatta.
Jalanraya di Jakarta memang terkenal dengan 'macet' tapi ktorg memang respect pemandu kat sana. cara pemanduan dorg sume memang terbaik lah! *thumbs up! Jarak antara kenderaan lebih kurang berapa jengkal je. perghhh~ ktorg tgk mau sakit jantung.
Kalau nak melintas jalan, anda boleh lintas secara sesuka hati. err.. i mean tgk kiri kanan dululah. pemandu kat sana konfem akan beri anda laluan untuk melintas.
see~ dorg tak selfish ok!
lagi satu, pemandu-pemandu di jakarta suka bunyikan hon. jalan sikit nak hon. jalan sikit nak hon. haha.. dorg hon bukan sesuka hati ok. dorg tekan hon sekali untuk memberitahu bahawa pemandu-pamandu itu bersalah. tekan hon 2 kali untuk memberi laluan kepada pemandu. berapa banyak bunyi hon lah kalau semua orang nak tekan hon~ hahaha
persekitan jangan cakaplah. kepadatan penduduk di Jakarta sudah cukup membuatkan anda dapat membayangkan bagaimana rupanya. hehe. kalau anda berpeluang untuk korek hidung [weh, disgusting gile] di tengah2 bandar , konfem anda terkejut. gile hitam. mana taknya.. sedut asap kenderaan setiap hari. hahaha..
Komplek Tanah Abang mempunyai 10 tingkat kesemuanya termasuk satu tingkat hanya untuk medan selera bagi kemudahan pembeli dan peniaga. Surau juga disediakan di tingkat paling atas. Medan Selera yang terletak di tingkat 8 menawarkan pelbagai masakan seluruh Indonesia. Medan Selera berhawa dingin yang bersih dan teratur merupakan tempat terbaik untuk menjamu selera berbanding makan di tepi jalan. terdapat pelbagai jenis masakan seperti masakan dari Sunda, Jawa, Padang dan pelbagai lagi yang memikat selera.
ktorg order 'nasi uduk' sebagai makanan tengah hari.Nasi uduk lebih kurang macam nasi lemak. nasi uduk dihidang dengan 4 jenis lauk iaitu sotong, ayam goreng berempah, daging salai dan ulam-ulaman. dihidang juga dengan 2 jenis sambal. satu pedas & satu lagi manis. Tidak lupa juga jus alpukat dan teh botol yang paling terkenal disini.
hari ketiga, kami berangkat ke Bandung. ok, jumpa pada post akan datang~ hahaha ^^V

No comments:
Post a Comment