Lepas solat maghrib tadi, emak tegur. Katanya...
"Lepas sembahyang tu, cuba duduk lama-lama sedikit atas sejadah. Berdoalah. Minta pada Allah S.W.T apa yang kita mahukan. Ini tidak, lepas sembahyang, baca doa sekejap Ameen Ameen terus cabut telekung. Ribut-ribut nak kemana?"
"Lepas sembahyang tu, cuba duduk lama-lama sedikit atas sejadah. Berdoalah. Minta pada Allah S.W.T apa yang kita mahukan. Ini tidak, lepas sembahyang, baca doa sekejap Ameen Ameen terus cabut telekung. Ribut-ribut nak kemana?"
Kemudian emak share some stories masa dia pergi usrah tempoh hari.
Ada ustaz tu kata, kalau kita mahukan sesuatu, dalam doa kita, ceritakan lebih specific apa yang kita mahukan. Contohnya, nak jadikan anak kita orang yang berjaya? Berjaya macam mana? Dalam bidang apa? Doa tu kena betul lah. Nak anak jadi doktor, cakap. "Ya Allah, jadikanlah anak aku ________ (sebut nama penuh) seorang doktor". Berdoalah. Lagi, nak jadi kaya? Cakap. "Jadikanlah aku orang kaya yang beriman, mudah beramal pada jalan mu Ya Allah. Berilah gaji aku sekian sekian (RMxxxxx) setiap bulan". Cakap nak berapa.
Ada satu cerita, kawan kepada ustaz tu, pergi berdoa di depan Kaabah. Jadikan dia seorang jutawan. Yes, balik Malaysia, kena bertukar kerja, berkhidmat di Indonesia. Gaji berjuta-juta. Kan dah jadi jutawan. Sebab itu ustaz tu kata, nak jadi kaya, cakap nak berapa? dalam bentuk apa? Ringgit? Rupiah? Dollar? Doa biar specific dan dengan niat yang ikhlas. Kalau jadi kaya, tapi bukan pada jalan Allah, tak berkat. Apa yang Allah beri, itu semuanya hanyalah sementara.
Lepas kena tegur, tergerak hati untuk duduk lama sedikit atas sejadah lepas solat, pondering life and all the living things. Ambil masa untuk sebut apa yang kita mahukan. Doakan yang terbaik untuk orang yang paling hampir dengan kita. Doakan secara general juga, supaya semua keluarga & kawan-kawan dilindungi Allah. Tapi rasanya lagi puas bila mention nama kan? Apa salahnya sebut nama diorang dalam doa? Tak sampai seminit.
Kemain kalau nak travel/bermusafir, mentang-mentang boleh solat jamak, maka doa pun jamak lah. Ribut-kelam-kabut doa laju laju Ameen Ameen terus lipat sejadah.
Kalau tidur lewat, bangun pun kemungkinan akan lewat, so nak sync balik solat dan doa tu, MashaAllah sikit punya susah. Subuh jangan cakap. Nak berjemaah? susah. Susah lagi kalau nak bangun sebab tidur lewat. Subuh gajah gitu. T____T'
Kalau tidur lewat, bangun pun kemungkinan akan lewat, so nak sync balik solat dan doa tu, MashaAllah sikit punya susah. Subuh jangan cakap. Nak berjemaah? susah. Susah lagi kalau nak bangun sebab tidur lewat. Subuh gajah gitu. T____T'
Yes, making du'a is not necessarily after prayers. Kadang-kadang bila teringat secara random tentang manusia ini manusia itu, terus doakan supaya Allah permudahkan urusan diorang. Kalau itu je yang mampu kita buat, itulah yang kita patut buat. Betul kan?
Lagi satu, kadang-kadang terasa macam dah lama betul tak mengadap Ilahi. Bukan mati ye, tapi betul-betul rasa macam mengadap Tuhan. Susah betul nak menangis dalam solat, dalam doa. Tak rasa langsung. Selalu berdoa dalam hati sahaja, tanpa dengar suara. Kalau dengar suara kan lebih baik? Keyakinan serta ikhlas dalam berdoa itu penting.
So, cakap kat diri sendiri I have to get back on track. Bangun malam (qiam), Subuh in time, sunat dhuha. Kena juga cuba walaupun susah. Paksa diri. Bila dah buat, baru terasa macam normal, rasa cukup. Sekarang, cuba nak improve timing untuk doa. Biar lama sedikit atas sejadah. Masa solat, bila otak mula merewang, terus ingatkan diri, kalaulah ini solat yang terakhir, macam mana? Ya Allah, I present you my last prayer, in the best way I could do it.
Berdoalah sepenuh hati. Minta betul-betul dengan Allah. Yakin. Macam mana kita nak minta supaya dapat scholarship dulu. MARA bagi scholarship, tapi duit, Allah yang bagi. Sebut apa yang kita nak. Cakap dengan Allah. Monolog. Allah dengar, jangan risau. So, I tried "talking" to Him. Literally talking to Him. Mengadu. Kalau sebelum ni doa macam skrip drama dalam hati, sekarang cuba untuk bercakap sampai keluar suara dengan yakin.
Alhamdulillah, it works for me. Bila cakap betul betul sampai keluar suara, minta betul betul, keyakinan itu lagi bertambah. I know He's listening and I feel enlightened. Kadang kadang sampai menangis sebab overwhelmed dengan emosi, especially bila fikir diri sendiri yang banyak sangat nak minta itu ini, tapi dosa MashaAllah melangit tinggi.
InshaAllah. Try. Speak to Him. Voice it out. May you feel it. The feeling that He is so near. He is, indeed.
Yang paling tak tahan,
"Mak, kalau kakak nak doa habis degree nak kahwin terus boleh?"
"Boleh." "Mak, kalau kakak nak doa habis degree nak kahwin terus boleh?"
heeee :) amboiiiii, KEMAIN!
No comments:
Post a Comment