Pilihan pertama : UiTM Machang, Kelantan. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Ekonomi Perniagaan).

Pilihan kedua : Universiti Tenaga Nasional, Muadzam Shah, Pahang. Bachelor of Accounting (hons)
*****
Untuk penjelasan,
Pilihan pertama – UiTM kot. Bukan senang nak masuk. Belajar lagi dua tahun setengah (lebih kurang) Yuran murah. RM530 per semester. Subsidi kerajaan RM4500 per semester. Tidak perlu pinjam PTPTN. Kelantan (jauh), Siapa nak hantar? Pergi sendiri! (family tak sokong). Tiada saudara mara di Pantai Timur. Tiada kolej kediaman diberikan. Sila cari sendiri. Uncle marah. Sudah lari bidang. Macam mana nak ambil MIA? After graduate nak kerja apa?
Versi redha.
“Tak apalah, kakak memang suka uitm. Memang suka belajar. Kalau boleh nak belajar sampai tua. Tak nak kerja langsung. Bosan jadi adult. Biarlah kat pantai timur pun. Iee benci sangat kenapa?! Siapa lagi nak mewarisi ayah yang dibesarkan di pantai timur kan? Kenapa? takut kakak bawa bakal suami dari pantai timur?. Keluarga kita semuanya kahwin dekat-dekat je. Apa salahnya dapat jauh? Sudah jodoh nak buat macam mana? kahkahkah” (okay, banyak main)
Versi tak redha.
“Macam mana nak ambil MIA? Ishhh dah lari bidang ni. Nanti duduk Kelantan lama sangat. Kalau dah tukar kos, kena tambah satu semester. Nak balik susah. Consume banyak duit. Sedihlah nanti. wuwuwu ”
Kemudian teringat one of my friend yang pilih untuk study di IPTS. Dia pernah cakap "bukan apa, senang ke nak apply kerja berbekalkan degree dari sana?" Sentap. Terus terasa. Pernah juga terbaca (tak ingat dimana) graduan Uitm masih lagi ada yang menganggur setelah tamat pengajian.
Pilihan kedua – Uniten. Muadzam Shah (lalu felda) dekat senang nak balik rumah. Sudah bayar sedikit sebagai penerimaan. Yuran mahal. Satu semester RM5K. Dapat transfer credit 24 out of 30hour. Belajar lagi 1 year & half (kot?) since IPTS, 1year=3semester. Pinjam PTPTN – Uniten, BAC (RM40K=4years;8sem) tak nak pinjam penuh. Half. Bayar yuran je.
Versi redha.
“yey, cepat graduate, cepat kahwin!. Nanti boleh jadi MIA member. Ada own firm. Jadi macam uncle. Tandatangan berbayar. Like a boss. People work for me.”
Versi tak redha.
“erkhhh.. mahalnya yuran. Lepas tu dah bayar sedikit kot. Takkan nak burn begitu sahaja? Habis belajar hutang keliling pinggang. Silap hari bulan susah nak buat loan. Nanti tak dapat ikut pergi jalan-jalan sebab kena kerja hempas pulas nak bayar PT. hohoiiii.”
*****************
Tak nampak jalan, bijak sangat pergi tulis dalam FB. “ Muadzam Shah or Uniten? ”
1- Cakap jelah kau tak suka machang habis cerita. – anon
2- Pergi Muadzam lah. Kita tak pernah pergi sana. - families
3- Muadzam Shah jelah - families
4- Machang! Machang! Machang! – friend
5- Jom lah sama-sama pergi Machang. Nanti ada kawan. – friend
6- Kelantan is a good place. – friend
7- Kenapa degil sangat ni? Ambil akaun sahajalah – families
4- Machang! Machang! Machang! – friend
5- Jom lah sama-sama pergi Machang. Nanti ada kawan. – friend
6- Kelantan is a good place. – friend
7- Kenapa degil sangat ni? Ambil akaun sahajalah – families
8- What is your personal interest? accounting right? Then?! - families
=.=' okayyyy, seriiiii.
Kalau dah buka FB, memang makan masa lah cerita dia. Sampai terjumpa status yang ditulis oleh coursemate sendiri. Kebetulan naik di newsfeed. Print screen terus. yelahhh, aku memang jahat. Tak payah kawan. Sebab saya terasa tauuuu kalau awak nak tahu. Memanglah bukan ditujukan khas.
Manusia memang suka memilih. Tidak kenal erti syukur. Pergi solat istikharah sekarang!
Aku tak prepare apa-apa pun lagi. Segala keperluan tak packing, medical check-up tak buat lagi, kalkulator & alat tulis entah mana pergi, huehue, etc. Manusia memang suka tangguh-tangguh. Tahulah nak mendaftar lambat lagi kan? kalau pergi uitm, for sure bawa satu luggage pakaian, lepas orientasi balik rumah semula. Like what I do during stay in Merbok. haha.
So,
I choose to further study in IPTS instead of studying in IPTA. I have strong reason for that.

No comments:
Post a Comment