Saya tahu saya telah berumur 21 tahun tetapi saya masih tidak boleh tinggal di rumah seorang diri. Saya masih membayangkan ada makhluk berdiri tegak di bawah tangga walaupun saya tahu makhluk tersebut tidak akan ganggu saya & apabila saya membacakan surah yaasin, saya nampak makhluk tersebut melayang keluar ke tingkap dapur. Saya tahu saya hanya bermimpi dan saya menceritakan kepada emak & emak tidak membenarkan saya tinggal di rumah seorang diri. huuuuu
Saya tahu saya telah berumur 21 tahun tetapi saya masih tidak boleh tinggal di rumah seorang diri dan saiko pada diri sendiri. Hal ini berpunca apabila saya mencuba untuk tinggal di rumah seorang diri dan pada suatu hari jiran yang baik telah meletakkan kacang panjang di tingkap sliding di dapur secara berjuntai. Saya yang hendak ke dapur untuk mengambil minuman terkejut melihat jari monster berada di tingkap. Saya tahu jiran saya sangat baik & saya terpaksa menunggu emak pulang pada pukul 7 untuk mengambil minuman. Ini saiko namanya!
Saya tahu saya telah berumur 21 tahun tetapi saya masih tidak berani untuk menaiki kenderaan awam seperti bas mahupun teksi untuk pulang ke rumah sekiranya emak tidak dapat mengambil saya tepat pada waktunya. Saya sanggup tunggu lebih masa sehingga emak datang menjemput saya. Hakikatnya, saya hampir ditipu oleh kelindan bas yang pada mulanya mahu bergurau dan meletakkan caj sebanyak RM5 dari kajang ke semenyih. Disebabkan itu, saya turun daripada bas dan terpaksa menunggu emak. Hi ho hi ho. Tak kelakar. Bukan masa untuk bergurau, pak cik.
Saya tahu saya telah berumur 21 tahun tetapi saya masih tidak boleh terima apabila orang menyuruh saya untuk jadi lebih matang. Ieeee apa ni? Dah 21 kot. Selamba je nak kata tak matang. Dah lama dah matang. (if you know what I mean). Tidak mengapa. Saya memang rasa diri saya matang. Kalau tidak, tak adalah saya naik bas pukul 12pagi & sampai di sungai petani pada pukul 5pagi. Hahaha. Wahhh, beraninya saya!.
No comments:
Post a Comment