Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, August 27, 2012

Kisah Raya

Kisah raya 1
Pagi raya, bermaafan sesama manusia kemudian sesi bergambar & buncit perut. Selesai, pergi beraya rumah sanak saudara. Waktu petang, check email, tengok ada ucapan raya daripada sepupu dari Jakarta. Siap komen album dalam FB lagi. Terharu :’) 

Disebabkan pada malam raya aku cerita kisah drama romantis bersama mat bangla yang baik hati tentang ‘kenapa timbulnya jerawat menjelang raya’ kepada sepupu sepapat, jadinya mereka semua excited nak pergi cari buah limau purut. Setiap rumah yang disinggah mesti tanya ada pokok limau purut tak? LOL. Hahaha. Mentang-mentang dah siap google khasiat limau purut bagai. 

Kisah raya 2
Hari kedua raya sudah tidak semeriah semalam. Pagi-pagi pergi beraya & petang berinternet lah kita. Aku buka twitter tengok timeline laju je. Sempat jugalah join topic yang dibincangkan oleh terfaktab. Hahaha. Guess what? 15 people retweet my tweet. Jyeahhh… and 3 people favorite my tweet. 

@terfaktab : mari sini kami bantu. kalau u forever alone, single dan available. kami tolong RT. moga ada jodoh di sini. ewahh. *bakar thunderclap* 

@sayahusna : Sahaja saya mengorat awak sebab saya rasa kita ada jodoh, lebih elok begini, kerana saya suka dekat awak. wagagaga :D 

Banyak main budok-budok ni.

Kisah raya 3
Emak ajak balik kajang sebab nak pergi Tesco nak beli barang untuk buat rumah terbuka nanti since family sebelah emak request nasi kerabu pada tahun ini. Waktu malam, family sebelah ayah datang beraya. We made Soto. Simple & easy. Malam-malam malas aihh nak layan tetamu. Waktu untuk berehat. Aku memang tak cukup suka keluar rumah waktu malam. Sebelum maghrib mesti sudah berada di dalam rumah. 


Kisah raya 4
Duduk rumah menonton segala rancangan yang ditayang di TV3 sampai lebam juga sesi memilih gambar raya yang cantik untuk di frame kan. Balik rumah nenek nanti boleh gantung dan claim pada nenek. Wahahaha. Berurusan dengan cik akauntan memang gini. Nasiblah. *keningkening*Acah je! 

Waktu petang, layan kawan-kawan adik datang beraya. Tell you what, kesemuanya lelaki. Kemain! 12 orang, baru habis PMR! Aku nak ajak classmate lelaki datang beraya pun macam ajak-ajak ayam. Dulu lepas SPM masing-masing sudah ada lesen kereta baru lah nak beraya. Okayyy, sekarang kena terima hakikat bahawa adik aku super duper advance daripada abang & kakak dia. My brother lagilah, dah habis belajar baru nak bawa kawan (selain lelaki) datang beraya. Bayangkan. Hmmm hmmm. 

Kisah raya 5
Aku pergi makan GCB dekat Mcd dengan jiran. Hahaha.

Lepas zohor, nenek suruh bawa dia pergi beli barang dapur. Bolehlah minta nenek tolong isikan minyak kereta. Hauhauhau. Alah, untuk cucu kesayangan juga. Hihi. After Asar, a visit from cik Rubiah & family. (kawan rapat emak masa sekolah dulu-dulu). Setiap tahun wajib datang. So, this is the first visit to my new house. Lepas maghrib ada jemputan di rumah mak cik. Alhamdulillah, kenyang perut suka suka hati. Pipi bagai dipam-pam macam belon. Hgnhhhh. :O and kak dayah introduce her ‘friend’ to our family. Ehemmm. 

Kisah raya 6
Hari ini hari jumaat. Emak ajak pergi buat IC baru. JPN Putrajaya lah kita. Ambil nombor giliran & lihat ada 300 orang di hadapan. Balik rumah nenek terus. Haha. Sampai rumah nenek, my cousin ajak teman dia beraya di Negeri Sembilan. This is the first time I come to Felda. Felda Serting, rumah pertama. Sampai pun dah tengah hari. Lapar teruk. Tuan rumah hidang Ikan keli salai masak lemak cili api, kangkung goreng belacan, rendang kerbau (okayyy tahu dah terliur!) sambal belacan berapi & ulam-ulaman yang tidak dapat dikenalpasti. Ieee malu sikit ah! Aku tidak memilih jadi makan je semua. 

Rumah kedua di kampung lonek, batu kikir & ketiga pun di batu kikir. Bertolak balik pukul 5.40. Jam teruk dari tanjong ipoh hingga ke bukit putus. Ok stress. 

Malam, ada jamuan di rumah mak cik. Kambing bakar. Aku penggemar tegar kambing, jadi makan banyak. Masa nak makan serba salah sebab hari ini dah makan banyak sangat tapi bila fikir balik, bukan selalu dapat makan kambing & baju masih longgar je rasa jadi makan tak hengat! Haha. Alhamdulillah. Kenyang. Lepas ni kena pergi swimming selalu. 

Kisah raya 7
Pagi pagi lagi dah bertukang di dapur sebab pukul 11 ada orang kampung nak datang. Family mak cik ni bawa kesemua cucu dia. Asyiklah terpekik eyyy!, aaaa!, jangan! Duduk sini diam-diam! (dah macam tengok wrestling pun ada) Bukan apa, takut sangat cucu dia berlari dalam rumah nanti terlanggar kaca. Tak pasal-pasal berderai. Aku pun cuak jugak bila tengok nenek tu terpekik-pekik. 

After asar, going to ude’s house at nilai. Sate kambing kot. Ok, makan tak hengat lagi. Dah, diam. 

Kisah raya 8
Hari ini hari ahad. Hantar adik balik asrama. Ok, gembira. Bukan apa. Jarak umur yang jauh menyukarkan interaksi antara kami adik beradik. Asyiklah nak bergaduh. Dia pun asyiklah terkulai je. Tak boleh diusik. My brother & I, ngam je. Abang & I, OK. Adik & I, cannot. Same with abang. Hahaha. Kasihan kat dia. Tapi tak mengapa. Dia anak manja ayah. Hgnhhh



Dengan ini, tamatlah kisah raya saya selama seminggu. Hari ini hari Isnin. Mari bekerja semua orang! 

No comments: