Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, July 16, 2012

Insaf, tak nak buat lagi

Mengenang kembali kisah lama. Kisah zaman budak nakal. Apa yang terjadi, apa yang pernah dibuat dahulu, aku tidak mahu buat lagi. Cukuplah yang pertama & terakhir. Membazir duit pun ada. Insaflah. 


1# Pergi menonton wayang 


Bila bercakap mengenai pergi menonton wayang bersama rakan atau sepupu, boleh dikira berapa kali husna pernah masuk ke pawagam. Kali pertama ketika tingkatan satu. Wahhh, dah masuk sekolah menengah ingat dah hebat, besar panjang lah masa tu. Belum baligh lagi, ada hati nak cakap dah besar. Ketika itu, pengaruh rakan adalah sangat kuat. Sesi persekolahan pagi, petang kawan ajak pergi menonton wayang. Metro Kajang tempat yang ditujui. Pergi berempat menonton Pontianak harum sundal malam. Serius tak ada motif. Wayang dua jam, nasib baik sempat sampai rumah sebelum maghrib. Kalau tak, dapat pengalaman pertama tidur luar rumah. Kemain! Sejak daripada itu, aku tidak mahu menonton wayang lagi. Aku rasakan ianya adalah pembaziran. Insaf. 


 2# Pergi karaoke 


Aktiviti seperti ini terkenal dalam kalangan pelajar. Salah satu cara untuk menghilangkan stress katanya. Tapi aku tidak berasa demikian. Kali pertama pergi ke pusat karaoke ketika tahun akhir dengan housemates walaupun aku hanya menemani mereka. Masuk berempat dalam sebuah bilik yang besar. Baru aku tahu satu lagu berharga RM1. Secara kebetulan buat keputusan singgah ke pusat karaoke lepas reward diri makan besar dekat restoran memandangkan malam masih muda. Perghhhh Sejak daripada itu, aku tidak berminat dengan orang yang menyanyi. Lebih baik download music video & nyanyi seorang diri dalam bilik. No offense. 

 Kalaulah aku dapat baca diari milik housemates, mesti akan tulis macam ini 

 “Dear diary, today I meet a person who is unsociable in this world. I regret to be friend with her” 

 HAHAHAHAHA :D 

 3# Pergi blind date secara dipaksa 

There is a person whom I know from the Internet. Huyoooo, husna nak reveal sesuatu yang sangat menarik ni. Haha Tak nak cerita panjang lebar & nak cerita pendek-pendek je. One day my brother tahu yang dia ada main Football Manager & my brother nak sangat game itu. Kebetulan sedang menikmati cuti semester & my brother suruh pergi ambil juga. Set the date & time, ke Mines Shopping Complex lah kita. Pergi Mcd, copy game & balik. OK bye. Huahuahua. 

Serius waktu itu rasa macam jadi fei mau sekejap. Ikut sahaja apa orang suruh. Sejak daripada itu, insaf terus. Tak payah mengada nak pergi blind date walau romantic, smart macam mana pun orang itu. Hoho. 

 ****** 

Rentetan daripada cerita di atas, aku dapat simpulkan bahawa lebih baik guna duit untuk berbelanja pada kehendak yang tidak terhad. Pergi Parkson, grab one pair of crocodile shoes atau yang setaraf dengannya macam clark, hush puppies, larrie, etc. yang berpatutan & pakai dengan segak sambil berjalan dengan konfiden. Sebulan sekali, pergi jamu mata tengok ada model baru atau tidak. Kalau ada, grab terus. Dapat pakai & kumpul branded shoes yang selesa & berbaloi sebab tahan lama. Ok, ini serius.

No comments: