Hai blog. Topik kali ini adalah berenang. Saya memang tidak ada masalah dengan aktiviti ini. Satu aktiviti yang sihat dan boleh menghapuskan lemak-lemak yang degil serta menghilangkan masalah perut buncit. Kita harus praktikkan apa yang telah dipelajari ketika zaman kanak-kanak dahulu. RM300 sebulan, tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Pengalaman belajar berenang dengan cikgu cina yang hensem tidak boleh dilupakan. Alahai, kalau setakat pergi belajar berenang secara hangat-hangat tahi ayam, tak kemana. Kolam cetek juga tempat dia. Kahkahkah
Memandangkan minat terhadap aktiviti ini sangat mendalam, I ask my mom to buy me a swimming suit and mom give me RM100. Saya beli baju renang yang cantik lagi menarik from islamicbajurenang.blogspot.com promote lah sedikit kan? for RM150. Bank in hari khamis & hari jumaat dah sampai. Cepat & efisien. Bagus servis Butik Haleema ini. Go grab one for you now! Hehe (:
Jadi, hari sabtu excited kemain nak pergi swimming. Kolam buka pada pukul 8.30 pagi dan 8.20 saya sudah sampai tanpa segan silu. Iyelah, nak pergi swimming petang-petang ramai orang. Saya pemalu orangnya. Hikhik :’) Ok lupakan. Sebanarnya saya nak beritahu bahawa saya berbangga kerana menjadi orang pertama yang merasmikan kolam renang pada hari tersebut. Sudah husna! tak ada motif. Tapi, tak ada guna kalau datang awal tapi tak bawa goggle. Pedih pedih mata siap. kahkahkah
Saya pergi berenang di Club House Pelangi Semenyih. RM5 per entry for adult & RM3 for kids. Ada gym juga. Bagi mereka yang suka makan maggi kari di malam hari, bangun pagi dan berharap akan ada 6packs, eloklah berbuat demikian. Segera ke GYM kawan-kawan! Katakan tidak pada perut buncit. Jyeahhh! Sabtu lepas ada lelaki cina yang hensem dalam Gym. Ok, lepas ni pergi Gym lah pulak. Ekekeke.
Sebenarnya dah lama tak bersenam. Itulah, makan tak hengat. Seronok duduk rumah sendiri berbanding merantau. Haha. Tapi kan, bila jogging je, terus sakit sakit. I call it sakit tulang-temulang. Atas sampai bawah semua sakit. Jadi, saya memilih untuk berenang. (salah satu alasan untuk beli baju renang). Sebenarnya cara bersenam itu yang salah. Main hentam kromo je. Memanglah!
Tapi kan, balik daripada swimming emak ajak pergi kenduri kahwin. Jadi, kalori yang terbakar ketika swimming diganti dengan kalori baru yang bertambah-tambah berbanding kalori yang dibakar. Itulah, makan memang tak hengat! Seronok kan bila makan ramai-ramai. Lebih-lebih lagi makan free. Hehe. Tipu sangat kalau cakap tak suka makan. Dessert banyak pula tu. Ohhh, menggugat keimanan betul. :O
Kemudian, akan ada suara-suara negative daripada belakang. Aku benci betul orang yang selalu negative ini. Sampai bila pun diri tidak akan maju. Sudahlah, lebih baik sambung buat tax daripada bebel-bebel kosong dalam blog. Ok. Hari sabtu nak pergi swimming lagi. Bye!
No comments:
Post a Comment