Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, June 11, 2012

Kena tipu tapi masih bergembira


Hai Blog, hari ini saya kena tipu dengan uncle. Ingatkan datang teman meeting macam biasa or tolong bawakkan fail or cari document. Tapi sebenarnya dia suruh datang satu conference di Concorde Hotel, Kuala Lumpur. Wakilkan uncle. ughhhhT___T'. Ni bukan calang-calang conference. (Building  Financial Models For Decision Making [part 2] ) and it's for MIA members only. Fuhhh. Nasib baik pakai pakaian proper. Dress code ok lah nak attend conference. “siap sekarang, naik KTM, naik monorel turun bukit nanas & pergi concorde hotel. Bawa laptop sekali and make sure ada excel" LOL :D uncle uncle. 

Oklah, since kat office tak banyak kerja, ambil duit RM50 from my aunt and take a cab rushing to KTM Kajang. Then, sampai KL sentral, tak tahu macam mana nak pergi ke monorel. Ask kakak secret recipe and fuhh, sampai. Ohhh macam ni laluan nak ke monorel. Tak KL lah gini. Ekekeke

Sampai concorde, everybody are taking lunch. Terus join & makan tak hengat. Duduk seorang diri dekat dengan food counter so that easy for me to take lotssss of food. Ngahaha. First sekali ambil sushi sebab kempunan dengan miza nak pergi sushi king masa dia cuti semester. Then ambil pelbagai jenis daging. Name it. Lamb, beef, fish, chicken. Baru perasan langsung tak makan sayur tadi. Haha. Tiga kali pula tu tukar pinggan. Gembira mat bangla yang kutip pinggan tu. Macam lumba-lumba dengan kawan siapa banyak kutip pinggan. HAHA.

I’m a dessert lover. So, I take lots of dessert. Secara tamak aku ambil segala dessert yang ada. Daripada segala jenis cake (choc cake, cheese cake, bluberry cake) dan triffle. Peringatan buat anda di luar sana. Jangan terperdaya dengan triffle dalam bekas cantik. Sebenarnya tak sedap. Aku tamak jadi ambil tiga. First, durian flavor. Boleh tahan. Second, honeydew flavor. Tak sedap sebab color je cantik. Rasa tak ada. Last, Caramel pudding. Cair je. Macam nak muntah. Ohh ohh dan aku baru perasan yang aku tak ambil Local fruits. Berangan jadi foreigner jadi makan imported fruits je like adik beradik berries. Insaflah.

Sebenarnya ada one type of food tak dapat makan. Okonomiyaki. It is Japanese style pizza. People were queue for this. I’m lazy to queue. So, bye bye. Beli sendiri lah nanti. Masa sedang makan dengan rakusnya, jumpa cousin yang sedang berjalan di luar. Tak sangka pula dia practical di prudential, bangunan sebelah. Lambai-lambai sambil tayang dessert. haha. Then dia patah balik and borak-borak dengan dia sekejap.

Selepas makan, pergi solat then terus ke gallery 1. Sebenarnya aku dah terlepas sesi pertama disebabkan uncle inform lewat. elehhh, sebenarnya uncle tak berhajat nak attend conference tu end up suruh aku je yang pergi. Almaklumlah, golongan 5 series mana nak guna excel buat account laju-laju berpandukan pada instructor muda di hadapan kan? (jahat husna cakap uncle dia tak terer IT) hahaha. 

Masuk je gallery, ada 20MIA members including me + 1instructor ( ecehhh, among MIA members konon). Datang lewat, tempat belakang lah kan. I sit next to lelaki cina. Disebabkan aku tak bawa manual, terpaksa share dengan dia. Tapi aku tak tengok pun manual tu. Aku tengok laptop dia. Copy jawapan terus. haha. ahhhh dasar pemalas! dan 30 minit terakhir sebelum balik, aku bosan & buka words untuk taip aksara ini. 

Esok kena datang sini lagi. Tapi jiwa raga aku bukan disini. Di Melting Pot iaitu tempat aku melantak makanan ketika lunch tadi. hahaha. Internet access pun tak dapat. Ada password. Kedekut betul. Bawa baju renang karang. Sudahlah ramai foreigner, auuu. Eh eh. abaikan. Disebabkan uncle dah bayar for RM330 untuk conference ini, jadi aku dengan ikhlasnya pergi dan berharap sekurang-kurangnya ia membuahkan hasil dan mematangkan aku walaupun aku jauh lebih muda daripada mereka semua. Belajar berkomunikasi lah katakan. (tell you what, untuk jadi MIA member, 3years practice at least, baru boleh daftar) and I'm only 21. =)

Sedang aku menaip, lelaki cina bernama Loke sedang membuat jelingan tajam ke arah aku (tahulah hensem) tapi janganlah pandang sampai begitu sekali. Akhirnya aku terpaksa menamatkan aksara ini dengan segera. Kbye.

4 comments:

Zinedine Zaiddin said...

More like perasantan than kisah uncle tipu -__-

husna. said...

pebenda ni zaiddin? -__- tak fahamlah.

Zinedine Zaiddin said...

cerita awak ni la. saya x nampak pun part mana nya yang uncle awak tipu..

husna. said...

haha. cerita makan je yang lebih.
sila baca perenggan satu.