Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, June 25, 2012

Kanak-kanak yang terlebih seronok

Hai, blog. Bermula pada hari ini, saya ada tugas baru. Tugas untuk menjaga kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Amanah yang diberi oleh mak cik untuk menjaga anak dia selama lima hari semasa ketiadaannya. Ok, mari kita teruskan dengan tugas-tugas yang perlu dipikul. 

 #1 – Makan 

Sarapan pagi harus tersedia sebelum keberangkatan tiga orang pelajar ke sekolah. Satu ke sekolah menengah, satu kesekolah rendah & satu ke tadika. Ok. Check. Buat toast, milo, oat, susu, omelet atau pergi beli kuih-muih. Settle. 

Makan tengah hari wajib ada. Memandangkan kanak-kanak suka makan nasi + telur & ayam goreng, kita buat yang simple sahaja. Satu lagi, my cousin suka makan tom yam. Tak ada masalah sebab selalu masak masa duduk rumah sewa dulu. Tapi untuk abang dia yang tak makan nasi, pergi beli rojak ayam dekat uniten. Perghhh. Sanggup drive semata-mata nak beli rojak. Alahai, Mc Value Lunch kan ada? Name it. Apa gunanya duit yang ditinggalkan? Hikhik 

Makan malam, masak yang simple sahaja. Paprik + nasi putih + goreng ayam dengan harapan mereka tidak akan tanya kenapa menu yang sama setiap malam. Haha. Ok, diam. Siap sekarang, kita makan luar. Kalau malas, makan maggi. Bukan senang nak makan maggi. Sejak duduk rumah, baru aku jumpa maggi. “Telefon Mcd atau Domino sekali sekala bukan setiap malam” – mak cik. Nampak tak, lampu hijau? Gembira! Ohhh, moden sungguh anak-anak mak cik aku ni. 

#2 – Tidur 

Ada dua kanak-kanak yang perlu ditidurkan. Senang sahaja. Pasangkan wayang dalam bilik,tutup lampu, on air-cond, buka youtube. Heaven! Tahulah unifi laju. Terima kasih unifi. Anda memudahkan urusan saya. Ohh ohh aku harus pastikan mereka semua masuk tidur sebelum pukul 11 malam. Huarghhh, awal tak hengat. Awal bagi aku lah. Selalu aku akan tidur pukul 1 pagi. Apa yang aku buat pun aku tak tahu. Harapnya sepanjang memikul tugas ini, dapatlah aku ubah tabiat tidur aku. 

 3# - Sekolah 

Harus pastikan setiap kanak-kanak akan ke sekolah. Ohh ya, aku sudah minta kebenaran mak cik untuk bawa kanak-kanak ke Mines atau Alamanda untuk bersuka ria & mak cik beri kebenaran. Bolehlah aku ugut siapa tak pergi sekolah tak boleh ikut bagi ikan makan. Hahaha. Sama seperti tahun lepas. 

 4# - Kerja sekolah 

Pastikan semua kanak-kanak siap kerja sekolah sebelum tidur. Berdasarkan pemerhatian aku, anak-anak mak cik aku ini terlebih entertainment. Mentang- mentang rumah ada unifi, celik mata hadap laptop. Mulai saat ini, aku yang berkuasa. Jadi, harus ikut cara aku. Dah macam dalam cerita Bong pulak. Masa zaman aku dulu, pukul 8malam sahaja, berlari ambil beg sekolah & cepat-cepat duduk di meja makan. Letak beg sekolah atas meja, keluarkan buku semua. Selagi tak siap, jangan harap nak tonton TV. Budak sekarang ada? Haaa mari sini nak ajar. Akan aku pastikan kerja sekolah disiapkan sebelum masuk tidur.

 5# - Belajar excel 

Ok, yang ini tugas aku seorang. Ingat yang ini? Yeahhh, aku kena study semula & ajar uncle lepas uncle pulang dari Tokyo. Jadi, marilah kita sama-sama duduk di meja makan bermula pukul 8 malam. “Berdisiplin sket. Macam mana nak jadi golongan professional kalau malas-malas?” ok, yang ini ayat yang uncle selalu cakap dekat aku. T____T’ 

Tell you what, uncle macam mengaturkan hidup aku. Lepas degree, practice, kemudian daftar MIA, jadi CA & buka firm. Perghhhh. Kagum dengan uncle. Rasanya dah lebih daripada 20 kali uncle cakap benda yang sama dengan aku. Doa-doakanlah ye aku dapat jadi macam uncle. Start aiming from now. Jyeahhhh! 

Tapi kannnnn, sedang aku menaip aksara ini, mereka dengan gembiranya sedang ber-thesims. ok. fail. -____- 

No comments: