Mentang mentang zaman dah maju, zaman guna camera canggih ada memori kad, boleh pilih pilih gambar lagi. Tak cantik, boleh delete. Kalau dulu, zaman guna filem kemain berkira lagi dia! Nak snap gambar, mesti suruh berkumpul ramai-ramai dulu. Jimat katanya. hahaha. Memandangkan gambar semua cantik belaka, entri kali ini nak letak gambar jugak. Bukan apa, menunaikan permintaan rakan-rakan.
Ini group saya. Group kepam pergi kelas naik kelisa himpit 5 orang. Tengok orang yang paling tinggi tu. Itu je yang nak cakap sebenarnya. Hahaha. Kitorang selalu merancang nak pergi jalan-jalan naik kelisa, pergi lima orang konon nak pergi bercuti lah, jalan jalan di Penang lah, mandi manda di the carnivall lah. Tapi sampai sekarang tak pergi jugak tempat yang dirancangkan. Ini sangat menyedihkan :\
Ini group saya. Group kepam pergi kelas naik kelisa himpit 5 orang. Tengok orang yang paling tinggi tu. Itu je yang nak cakap sebenarnya. Hahaha. Kitorang selalu merancang nak pergi jalan-jalan naik kelisa, pergi lima orang konon nak pergi bercuti lah, jalan jalan di Penang lah, mandi manda di the carnivall lah. Tapi sampai sekarang tak pergi jugak tempat yang dirancangkan. Ini sangat menyedihkan :\
Ini sebahagian daripada classmates saya. Tak tahu kenapa diorang ni semangat sangat pakai baju sukan. Baju itu adalah berjenis jersi. Ada nombor enam yang sangat besar di belakang. Tapi kannnnn, sebenarnya saya bukan nak cerita tentang jersi tu. Saya nak suruh tengok classmates saya. Itu je. Nak beritahu yang diorang dah pun masuk blog saya. Kikikikikikiki.
Ini Maryam & Nadia. Pembekal drama jepun & korea ketika saya di kolej. Diorang sangat teruja bila dapat tahu saya banyak drama jepun. Diorang juga lebih gemar memuat turun drama korea berbanding drama jepun tetapi hakikatnya diorang tak tahu pun yang hero daripada drama jepun boleh membuatkan hidung kita berdarah. Diorang cuba untuk mempengaruhi saya supaya menonton rancangan reality show ‘Running Man’. Tapi tetap tak boleh mempengaruhi saya sebab saya hebat orangnya. *flips hair*
Ini Nik. Nama dia panjang daripada nama saya. Ada tujuh suka kata. Saya baru ada lima suku kata sahaja. Dia ex-roommate saya ketika di kolej murni dulu. Dia anak tunggal membuatkan saya tiba-tiba je rasa saya ni macam seorang kakak yang sangat berwibawa sejak kenal dia. Ada seorang coursemate saya suka perli saya sebab saya tak boleh hafal nama dia walaupun sudah duduk satu semester dengan dia. :O ohh tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada wan (atok kepada Nik) sebab tolong ambilkan gambar. Kira pro jugaklah. hehe
Ini Hakim. Dia kawan alam maya saya merangkap junior saya. Tapi bukan junior kos saya. Dia baik & pemalu orangnya. Tapi, bab makan tak malu pun sebab dengan selambanya suruh saya belanja ayam uncle bob dekat pasar malam. Hekeleh. Lain kali minta lah mega mac, baru mencanak! Hakim ada ajak pergi hiking bukit broga sementara saya masih jobless ni. homaiiii. T___T' mencabar betul! "nanti kita inform balik ye. hikhik" lalalala. *nyorok dalam kotak*
Jutaan terima kasih kepada rakan rakan yang telah banyak memberi sumbangan. Sila bergembira sebab kalian semua sudah masuk ke dalam blog sheishusna.blogspot.com. Kepada yang ingin juga turut serta masuk ke dalam blog ini, bolehlah emailkan gambar dimana saya juga ada di dalam gambar tersebut. kwang3. acah je! :D
2 comments:
yang gamba first tu kan, makhluk kat tengah2 tu bleh la crop letak pi ke gamba lain....wat somek yo dalam gamba tuh.
hahahaha
contoh statement daripada orang yang dengki.
orang hebat memang ramai yang dengki. hahaha *flips hair*
Post a Comment