Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Tuesday, April 10, 2012

Macam tak percaya sebanyak ini



Bila tak packing, tak nampak banyak pun tapi bila dah packing, macam tak percaya sebanyak ini barang-barang yang aku bawa. hnnggghhhh. Percayalah, tulang empat kerat inilah yang memikul barang yang banyak ini daripada kajang. Hahaha.

1) Big luggage.
Dalam ini sebenarnya baju sahaja. Tiada yang lain. Ye, baju sahaja. Baju kurung yang dipakai untuk ke kuliah. Baju kurung yang boleh ulang semula pemakaiannya selepas tiga minggu, bermakna husna tiada masalah jika tidak membuat laundry sekali seminggu. (okay, satu point dah kena reject sebab malas). Perempuan, tidak boleh lari daripada fakta yang mengatakan tiada baju untuk dipakai walhal, satu almari sudah penuh tidak muat untuk menampung segala pakaian yang ada. erkkk!

2) Medium luggage.
eh eh eh, boleh declare as medium luggage ke? macam big luggage jugak je. Haha. Luggage ini juga digunakan untuk menyumbat segala pakaian yang ada. Bukan pakaian untuk ke kuliah, tetapi pakaian harian. 

3) two big red boxs. 
Disebabkan saya pencinta alam semula jadi, maka saya simpan segala kertas yang ada walaupun kertas tersebut hanya bertulis nama, tajuk & tarikh. hahaha. Sebelum ini boleh jadi 3 kotak, tapi setelah ditapis, akhirnya berjaya kurangkan kepada dua kotak sahaja. Itu pun dah padat & menyeksakan nak pilih semua bahan bertulis yang masih boleh dipakai. Ilmu tu. Mana boleh buang sesuka hati kan? Mana tahu nanti boleh jadikan rujukan pada masa akan datang. ewaaahhhh 

4) small blue box
Ini kotak makanan saya. Okayyyy, boleh skip sebab tak penting pon. Hahaha. Acah je! nak cerita jugak. Dalam box ini ada toaster, cawan, pinggan, mangkuk, sudu, garfu serta pisau. eh, tak perlu detail kot. Lainlah kalau ada stok makanan lagi kan? Lupa. Cawan dah tiada sebab dah pecah. Cawan itu jugaklah yang pernah buat aku emo pagi pagi sebab tengok housemate guna lepas tu tak reti nak basuh. gahhhhh. 

5) Portable cooker
Salah satu keperluan saya. Okay, rasanya tak pernah orang bawa ini & label sebagai keperluan. Husna, over sangat dah ni. Abaikan. Disebabkan saya tak suka makan di luar (di merbok sahaja) makanya saya sanggup bawa portable cooker ini daripada rumah, naik bas segala. Segan, memang tak dapat. Portable cooker ini jugaklah membuatkan aku bebel bebel dekat twitter bila housemate tak reti nak guna dengan baik. Emo woi emo. Siapa tak marah kan kalau guna barang orang lepas tu tak reti nak guna dengan sebaiknya. haaa try bagi trylahhhh. 

6) Bed sheet with comforter
Comforter yang tidak selalu digunakan sebab bukannya bilik ada air-cond pon. Guna apabila musim hujan sahaja. Itu pun tak cukup sejuk. Merbok panas kot. Bangun tidur seperti anda baru sahaja selesai berlari di atas treadmill selama 30 minit. Hahahahaha. Tapi, disebabkan sudah biasa tidur gulung gulung dengan comforter kat rumah, jadi aku nak bawak jugak walaupun tahu Merbok ni panas sebenarnya. fuuuuu~

7) Laundry basket. read : pail
Dalam bakul , ada baldi, dalam baldi ada toiletries. Okayyy, skip. Bosan betul. Tapi tiada bakul seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Fail. Tak boleh jadi lecturer sebab student tak faham akan maksud yang disampaikan. Go back & practice please.

8) Two double A box
Kotak yang pertama mengandungi pelbagai jenis kasut. Soalannya, kenapa husna marah bila housemate pakai selipar dia? Hahahaha. Tak ada kaitan langsung kerana jawapan yang sebenarnya adalah persekitaran merbok tidak-berapa-nak-bersih dan housemate pakai selipar dia walaupun selipar itu berjenama flipper dan murah sebenarnya tapi dia nak pakai jugak lepas tu pergi pijak pasir. Ini tidak boleh dimaafkan. Kotak yang kedua mengandungi periuk nasi. Ok dah diam jangan tanya kenapa. 

Okay, sampai sekarang masih tak percaya.tssskkk T____T nangis banjir.

No comments: