Sekarang ni tentu coursemate aku rasa macam dialah super senior segala senior, padahal ada yang lebih senior daripada dia. Tahulah lagi berapa hari je nak packing semua barang masuk luggage kannnn.
Bila berjalan tu, rasa macam nak mengepak ngepak dada. Tahulah dah mahir selok belok jalan dalam Uitm Kedah ni kannnn. Mentang mentang masing masing ada kenderaan sendiri, bertambah tambah ego lah. Kalau dulu nak pergi dewan atas bukit yang jauh tu boleh je jalan kaki berhujan panas segala tapi sekarang ni tak kisah dah sebab boleh berlagak hembus asap dekat pejalan kaki. HAHA
Kelas? Sangat gembira berbanding semester sebelumnya. Pergi kelas EMPAT HARI SEMINGGU. Haaa ada? Gap pun tak nak lama pulak kan. Kelas hanya dua jam diwaktu pagi dan dua jam diwaktu petang. Bukankah itu sangat gembira? Ya. Semua orang boleh menari dengan gembira. haha.
Kelas yang sedikit bukan bermakna terlepas daripada segala seksa. Projek yang berjuta dan memakan masa perlu diselesaikan dan dibentang ketika akhir semester. Tak nak cakap banyak mengenai projek yang memakan diri, bersengkang mata, menguruskan dompet juga mengeluarkan peluh. Haha. Nanti akhir semester faham lah ye.
Bagi student yang 'hot', famous maksudnya disini, mereka akan diperhatikan kemana sahaja mereka pergi. Ke kelas, ke dewan, ke cafe dan kemana sahaja akan sentiasa diperhatikan.
Nak kata pakai minyak wangi sebotol, heels lapan inci, tudung bungkus hana tajima... junior pun ada. Nak kata cara pemakaian yang pelik, student art & design, lebih menonjol cara pemakaian mereka. Haha.
Semua yang dinyatakan adalah SALAH!. Jawapan yang sebenarnya adalah kad matrik yang berlainan warna daripada junior. fuuu. Bangga! Satu satunya kad matrik yang ketinggalan zaman, lusuh dah tidak menarik perhatian sepertinya pemakai adalah student tumpangan. T___T' nangis banjir.
Soalan soalan seperti "eh, student baru ye?" "adik ni semester berapa?" dan soalan yang memakan diri sering ditanyakan kepada pemakai kad matrik yang unik dalam kampus ini. Hahaha. Sudah jelas disini my coursemate semuanya tak matang dari segi rupa. :') Nampak sangat perangai macam budak-budak.
Wahai coursemate, terima hakikat yang rupa kita ini masih lagi tidak nampak akan kematangan. erk! Akhir sekali, selamat menempuhi semester akhir! hihi :) Lepas ni boleh start packing luggage & booking hotel lah ye. hikhik
2 comments:
jgn kata kat u, yg dah bekerja ni pun ramai yg tak matang perangai mcm budak2... sama je
hah? yeke. haha.
tapi junior sekarang ni rupa sangat matang. can't believe. :)
Post a Comment