Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Tuesday, January 3, 2012

Akhirnya

Akhirnya, tamat sudah cuti untuk semester ini. Tak boleh nak berangan duduk bersantai di kerusi malas tepi kolam renang sambil makan buah-buahan. Sekarang ini, harus berusaha keras untuk kejayaan masa hadapan. ewahh. Harus belajar accounting dengan menggunakan kuasa kuda. Lebih power! 




Ok. sempena entri pertama pada tahun baru ini, saya nak buat entri mengenai aktiviti yang saya lakukan ketika cuti semester lepas supaya saya sedar, tahun baru ini, saya harus berubah. Tiada lagi aktiviti mengarut seperti ini akan dilakukan lagi. 

Antaranya ; 
1- Masak telur menggunakan microwave. okay, salah satu contoh menantu yang tak menjadi pilihan. tssskkkk. Sebenarnya, tujuan saya masak telur menggunakan microwave adalah ketika itu saya berangan saya seperti seorang saintis muda yang berjaya menggunakan alat teknologi sepenuhnya. (ini ayat cover baik punya). HAHAHA. Berdasarkan kajian yang dibuat, memasak telur menggunakan microwave lebih cepat berbanding menggunakan kuali, akan tetapi anda akan mengalami satu masalah di mana anda akan dimarahi oleh emak dek kemalasan anda. (eh, jangan salahkan saya okayyy, siapa suruh tiru) 

2- Cubaan pertama memasak Brownies. Oleh sebab teringin, saya masak sendiri. Perghhh, hebat belaka. Sedap. Buatlah apa yang patut. Tetapi, anda harus terima kenyataan apabila emak memberi amaran sebelum anda  menyentuh dapaur beliau. "cleaned up all kitchen utensils. make sure my kitchen are clean after doing your work. bla bla bla, my oven yada yada yada & so on" adehhhh T____T'

3- Buat ice blended setiap hari. Hari-hari nak minum jus buah-buahan. Tak nak hebat lagi, setiap hari buat ais & waktu petang, blend it. perghhh. you name it... carrot susu? banana ice blended? milo? nescafe 3in1? starfruit? tembikai laici? mango? apple? grape? kiwi?  semuanya nak ice blended. segala buah yang ada dalam peti ais nak blended. Lepas tu, sila kumpul duit untuk ganti semula pengisar emak anda. Paling teruk sekali apabila anda harus ke klinik untuk sedut oxygen & dimarahi oleh doktor. bagus husna bagusssss :')

4- okay dah. cukup lah. ieee apa ni apa ni tak seronok lah kutuk diri sendiri. ok. mari kita lupakan. tahun baharu, semuanya baru. 




I miss the one who separated by six hours time difference. ugh :'(

2 comments:

Zinedine Zaiddin said...

masak telur guna microwave = FACEPALM

husna. said...

haha. hasilnya, telur yang sihat. tidak berminyak (:
nnt sy masak untuk awak. kikiki