Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Tuesday, October 4, 2011

adakah ini menjengkelkan?

1# makhluk makan nasi minta kebenaran Boyfriend, tak nak puasa hari ini sebab penat. Pffftttt…*aku dah pandai mencarut*…memanglah boleh ganti, tapi kalau ajal datang macam mana?


2# makhluk makan nasi call Boyfriend lepas tu Boyfriend sedang melakukan aktiviti hembusan asap daripada mulut. Fuyohhhh~ hebat ohhh! Dan suruh Boyfriend pergi lakukan aktiviti tu dahulu. Ohh, kalau aku dah reject dah. Ni tak sayang Boyfriend namanya. Kalau sayang, marahkan dia sebab tak jaga paru-paru. Kalau dah kahwin nanti macam mana?


3# makhluk makan nasi tanta “makan apa tu?”. Konon peramahlah. Tapi, aku tak mampu nak menjawabnya. Bukan sombong. Ok, kalau cikgu tanya 1 + 1 lepas itu kita jawab 3, tak pasal-pasal kena nasihat “lain kali, sebelum cakap fikir dahulu”. Perkara tersebut samalah macam “sidai kain ke?”. “eh, tak lah. Motong gotah ni haaaa” ekekeke


4# bila marah orang tu, tak payahlah sampai cakap “ aku doakan supaya bala timpa pada dia”. LOL. Ini tak patut. Mana tahu tuhan nak tunjuk kuasa, balik pada kita.


5# makhluk makan nasi buat kerja separuh jalan macam basuh kain baju tapi tak siap sepenuhnya padahal guna mesin canggih, bukannya berus pakai tangan. Lepas tu orang lalu, tersadung wayar mesin basuh, tak pasal-pasal tercarut.


6# makhluk makan nasi pinjam buku lepas tu tak reti nak pulangkan balik. Sobsobsob. Lepas tu macam menyesal jadi baik pinjamkan buku pada orang & akan memakan diri sendiri. Heh. Lepas tu terus berubah jadi kedekut & orang mula mengata. Grrrr. Ayam ahhhhhh~

No comments: