Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Wednesday, September 7, 2011

Sibuk kalah menteri

Kalau nak cakap sibuk kalah menteri nampak sangat tipu sebab menteri dah ada title pada nama, padahal nama dia biasa je. Baru jadi accounting student dah nak cakap diri tu sibuk. Belum masuk alam pekerjaan lagi. Alahai… beginilah kehidupan accounting student yang hipokrit. Lempang nak? HAHAHA


Memandangkan revision week bakal menjelma beberapa hari lagi... tapi, biasalah accounting student yang hipokrit memang banyak alasan & ragam. Kalau boleh nak cakap “CEPATLAH REVISION WEEK, NAK BEREHAT LAH HOI, NAK PERGI REWARKAN DIRI MAKAN GCB DEKAT BANDAR SUNGAI PETANI SEBAB MCD TAK BOLEH BUAT DELIVERY”


Sebelum Revision Week, accounting students kata ;


Selagi belum masuk revision week, selagi tu nak cakap diri tu sibuk kalah menteri sampai nak bergayut dengan husband Emak tersayang nak cakap-cakap perkara mengarut hampir 40minit pun tak dapat nak luangkan dah.


Selagi belum masuk revision week, selagi tu segala assignment yang ada ditangguh-tangguh memandangkan due date di extend atas buat muka kasihan macam tak makan sepuluh hari. Nasib baik lecturer baik hati dan dia cakap “saya pun pernah jadi student juga dulu”. Haih, nasib baik nasib baik.


Selagi belum masuk revision week, selagi tu aktiviti membasuh kain baju setiap hujung minggu ditangguh-tangguh memandangkan revision week bakal menjelma beberapa hari lagi. Kalau malas sangat, hantar dobi. RM15.50. Cuba teka berapa kilo? Inilah dia perempuan millennium yang menjadi pujaan hati. Kah kah kah.


Selagi belum masuk revision week, dapur pun tak berasap beberapa hari sebab sibuk sangat dengan assignments (okayy, ini tipu) haha. Kalau boleh nak-suruh-abang-hensem-datang-hantar-makanan-setiap-hari sambil bagi extra money eeeehhhhhh, acah je! HAHAHA. Nasib baik hensem. Boleh order makanan setiap hari. (bukan saya yang kata okayyy).



Kalau tak mahu tergolong dalam golong accounting students yang hipokrit, mari kita buat assignments beramai-ramai. Pergi pergi pergi.... (sambil menari gaya shin chan) :D

1 comment:

Khai said...

waktu aku baca entry ko nih, aku tengah serabut BEL. hehe. release tension!! jap. :D