Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Saturday, August 27, 2011

Pre-Eid Balik Kampung

Husna! tak payah nak letak tajuk balik kampung lah kalau anda sememangnya
tak pernah merasai kenikmatan perjalanan pulang ke kampung


yelah yelahhhh. Saya ada kampung okay, cuma tak pernah rasa kenikmatan ‘perjalanan pulang ke kampung. Itu sahaja. Tak percaya? Mari kita lihat sebab-sebab di bawah:-


1# Eleh, kalau setakat 7minit pergi Alamanda, malam raya pun boleh merewang-rewang di Alamanda, bukan tinggal di kampung namanya.


Eh, saya ada kampung ok!. Siapa kata tak ada? Rumah nenek saya di Kampung Desa Putra, Sungai Merab. Selangor . Nampak tak nampak tak? Ada KAMPUNG okay!. Tipu sangat kalau kata tak ada kampung.


2# Tidak akan melalui lebuhraya mahupun tol untuk sampai ke kampung halaman.


Eh, ada ok! Kalau nak lalu lebuhraya, ada sahaja. Lebuhraya Kajang SILK susur keluar ke Putrajaya & tol dikenakan sebanyak RM 1. HAHAHA. Jarak perjalanan yang dekat & jimat masa. Around 20minutes dah boleh sampai rumah nenek. Tapi, kalau nak jimat RM1 , janganlah lalu lebuhraya. hihi


3# Tidak akan merasai perjalanan jauh yang memakan masa serta berhenti berehat di R&R.


Pemanduan yang jauh pasti membuatkan anda keletihan sepanjang perjalanan. Kalau nak berhenti berehat, bolehlah singgah berehat di R&R Tapah. Eh, kenapa mesti Tapah? Yelah, sebab husna selalu pergi Cameron & akan berhenti makan di R&R Tapah sahaja sebelum sampai ke puncak. LOL.


Kan dah cakap, RM1 yang dikenakan untuk tol semestinya tidak akan jumpa hentian R&R lah. Tak dapat nak tolong. HAHAHA.


4# Tidak perlu kelam kabut untuk beritahu jiran bahawa anda akan pulang ke kampung kerana dia juga pulang berhari raya di kampung jadi tiada siapa yang akan beri makan minum pada haiwan peliharaan.


Kucing serta ikan juga tidak akan mati kelaparan & mereka berasa amat gembira kerana setiap kali tuan rumah pulang dari kampung halaman membolehkan mereka makan besar berbanding hari-hari biasa. Okay, ini tipu sebab memang tak ada pon haiwan peliharaan. :D hahaha


5# Tidak memerlukan pengawal keselamatan untuk mengawasi rumah kerana tabiat sengaja meninggalkan rumah tanpa berkunci mahupun meletakkan kunci di bawah pasu bunga atau di dalam peti surat adalah tidak relevan.


Kejadian seperti ini tidak dapat dijangka terutama sekali sengaja meniggalkan rumah tanpa berkunci kerana khuatir kunci tinggal di dalam rumah. Jadi, hanya tutup pintu, grill dan juga pagar. Eh, tak tak. Acah je. HAHAHA.


Husna juga tidak perlu bersusah payah berurusan dengan pihak polis untuk kawalan keselamatan rumah sempena pulang ke kampung berhari raya kerana terdapat 2 ekor anjing hitam yang garang serta mempunyai renungan mata yang tajam kepunyaan jiran yang selalu tidur diseberang jalan . LOL :D saya ada pengawal keselamatan tanpa upahan okay!




Pesanan Khidmat masyarakat :
Manfaatkan perjalanan anda dengan berhenti berehat setiap kali anda melalui hentian R&R. Buat penumpang bas, turunlah setiap kali bas anda berhenti dimana-mana hentian walaupun bas itu berhenti di hentian R&R Rawang. HAR HAR HAR. Tidak lupa juga, gunakanlah kemudahan Touch n Go mahupun Smart Tag di plaza-plaza tol untuk perjalanan yang lebih lancar. Akhir kata, pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Semoga selamat sampai ke kampung halaman serta berhari raya bersama keluarga tercinta.


Ohh, dan yang paling penting, selamat mengumpul duit raya. Tak sabar nak tengok semua orang sibuk mengira duit raya. Husna masih layak lagi sebab dia belum bekerja & semakin meningkat umur, semakin tinggi nilai duit raya. : ) hehehe

No comments: