Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Sunday, June 5, 2011

Lintas langsung dari Merbok

Campus life. Tak lama, sekejap saja. Tapi, sekejap itulah dah banyak bagi saya pengalaman hidup berdikari. Semua kena manage sendiri. Cari makan sendiri, basuh baju sendiri, nak bebas nak buat apa pun buatla, sebab tak ade orang tua yang akan kawal kita kecuali emak tiri (pegawai kolej yang garang). hoho. Tapi, dia pun tak ada masa nak kawal sorang-sorang anak dia.

Now nak story pasal kehidupan baru saya setelah dihalau keluar oleh emak tiri. (sudah tidak menetap di kolej lagi) Bukan kena halau. Sebenarnya, penempatan kolej di uitm merbok adalah terhad, jadi sebagai super duper senior, kami terpaksalah mengalah. Sekarang, saya menetap di rumah sewa. Kalau nak compare dengan kolej, rasa macam kolej lebih banyak benefits lah . Sayang nak tinggalkan kolej. 

Bepegang teguh dengan tagline “I enjoy living in campus than living in Merbok” sebab itulah saya macam.. aihhh, tak suka nak duduk dekat rumah sewa ni ha. Susah betul nak terima dengan keadaan sekeliling. The truth is, saya tak berapa suka kawasan merbok ni.Jauh di pedalaman. Kurang kemudahan & menyukarkan saya. Sorry to say. 

Now, I am trying to adapt with the surrounding. New surroundings!. *Heh, aku ni bukan jenis yang senang dengan keadaan baru* Kalau dulu, duduk sebilik-sebilik jadi tak bergaul dengan orang lain. Kadang-kadang satu sem pun tak tegur dengan orang bilik sebelah, tak kenal pun. Hoho. Nama panggilan pon tak tahu. Setakat sapa, senyum je dalam bilik air bila terserempak. Sekarang, duduk satu rumah dah macam family walaupun daripada berlainan background.

Sekarang ni, Pecayalah! Sudah masuk minggu kedua saya menetap di rumah sewa & saya sudah mula suka dengan rumah sewa ini. The things which I like the most , ianya boleh mengeratkan silaturrahim. Sebagai contoh, mesti nak laksanakan solat secara berjemaah. Kalau di kolej dahulu, selalu solat seorang diri. Teringin nak berjemaah,  tapi family jauh. Sekarang, boleh berjemaah selalu. Yey!

Bila dah duduk rumah sewa, kita lagi mesra dengan kawan-kawan sebab stay satu rumah kan. Buat apa- apa je mesti bersama. Semua nak kena kongsi. Kalau dilihat, kebanyakan penghuni rumah sewa akan memasak bersama. Mesti bergotong-royong. Kalau tak sedap, tak boleh nak salahkan sesiapa. Hahaha. Tapi, rumah kami dapur tak berasap lagi. Nak kata tak ada tong gas, ada je. HAHAHA. Malu sikit ah! Orang lain excited nak masak setiap kali balik kelas. Yelah, akan datang. Mungkin (?) 

Oklah, sekarang washing machine dah kosong. turn saya basuh kain baju. Got to go.

No comments: