Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Tuesday, February 8, 2011

Cuti memang seronok apabila diisi dengan aktiviti selain daripada buat assignment

Senarai objek/orang/perkara/aktiviti yang dirindui :

• Emak, the best friend in home. kawan nak story-story everything. Selagi tak tidur, selagi tu nak cakaaaappp aje.
• Ruang Rosak Akhlak dan anggota-anggotanya. ye, tempat lepak-lepak dengan adik-beradik, tempat rebut-rebut remote control & laptop. (termasuklah baunya yang berbau macam....)
• Meja & kerusi tempat menghadap laptop 24jam tanpa turn off sehingga bil elektrik bulan dimana-kami-adik-beradik-berada-dirumah melambung.
• The sight of abang yang menguyah 24jam sambil berbaring di hadapan televisyen. tidur sahaja yang menghentikan pergerakan beliau.
• Bilik tidur yang BEST! (so what kalau bilik tu besar daripada bilik kat kolej? ahhh like you care)
• Nenek and the rest of the cousins. Rindu masakan beliau. lauk-pauk kampung. errrr. ahhh nasi himpit & kuah kacang paling dirindui. *meleleh
• Escalator di TESCO sambil gelak terkekeh-kekeh dengan abang, tangan pegang ice blended from cool blog & tak sedar troli tersekat di penghujung escalator sebab tak tolak. Cuti memang seronok kalau diisi dengan aktivi membeli lepas tu tak reti nak blah. Tesco pon bolehlah.
• Makanan di TESCO. ye..everything from Tesco since Tesco is near by from my house (makanan daripada restoran yang berada di Tesco & berhampiran  lah)  & kitorang memang makan makanan luar daripada rumah. ni memang memang menyedihkan. =.='
• Text daripada abang yang berbunyi 'Mane?' setiap kali dia bangun tidur bila tengok seisi rumah sudah keluar meninggalkan beliau kelaparan di pagi hari. HAHAHA.
• Basikal yang ditunggang setiap petang. ohh masa yang digunakan setiap petang untuk mengenali jiran tetangga. aloloo..bukan main bersama. anak jiran kecik-kecik belaka. mereka masih mengayuh basikal roda tiga warna. HAHAHA

Chill, Husna. Baru hari Selasa.

1 comment:

Khai said...

hahahahahahahahhahaahahha...aku tahu nak cakap ape..ni jer yg mampu keluar..hahahaha