Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Tuesday, February 1, 2011

Hari-hari cuti yang bakal aku lalui

Aku sudah sampai di rumah sejak khamis lagi. Baiklah, aku nak cakap bahawa hari-hari yang dilalui hujung minggu ini memang super-saiya punya penat. Aku sudah dapat rasakan. Ada saja planning emak. Biasalah, dah sampai rumah memang macam ni. Kami adik-beradik semua sekali ada & aku boleh jadi hyper-aktif secara tiba-tiba. Riuh-rendah jugaklah rumah ni. ahhhh. Memang BEST. Itulah, dah cakap banyak kali...kalau bukan isi rumah sendiri nak puji, isi rumah siapa lagi kan?

Sekarang ini.

Anonymous : sekarang kamu cuti kan, Husna?
Aku : Sepatutnya cuti. Tapi banyak kerja/perancangan la.
Anonymous : Ko memang ada sahaja planning. Bila nak free?
Aku : Bila aku cuti bersalin nanti.
Anonymous : Tapi bila ko cuti bersalin?
Aku : Bila aku dah melahirkan anak nanti la.
Anonymous : Tapi bila?
Aku : Bila aku dah kawen la.
Anonymous : Kawen bila?
Aku : Kalau boleh dua jam lagi aku nak kawen! Kalau boleh... tapi masalahnya belum boleh.
Anonymous : Abes, bilaaa?
Aku : Eh kamu ni! Dah kenapa sibuk sangat tanya bila aku nak kawen?
Anonymous : Tanya pon tak boleh.
Aku : Tak boleh. Baik tanya bila aku nak turn off laptop & keluar segera daripada bilik.
Anonymous : Haa…Bila?
Aku : Sekarang!!!

Sebelum menjadi lebih kronik, aku patut turn off laptop sekarang.
SEKARANG!
Bukan olok-olok lagi. Bye.

2 comments:

Khai said...

perlu ke dia tnya soalan mcm tu?? =_='

husna. said...

tak, bukan anonymous yang tanya. aku cakap sendiri.