Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Sunday, December 12, 2010

Paya Indah Wetlands I

Celik bijik mata pagi semalam, histeria! Internet connection failed! Memandangkan aku mmg warganegara yang kuat report sana sini, lekas-lekas aku call 1-300-88-2525 *bukan nombor pejabat kadi. BUKAN* talian sebok. Apalagi, cepat-cepat cari bil internet. Laaaa.. punyalah sibuk sampai lupa nak pergi bayar bil Internet. HAHAHApela =.=’

Baiklah, malas mau cakap banyak tentang kisah silam. Gangguan internet sudah menjadi sejarah hari semalam. Hari ini, aku dapat joli-joli di sekitar internet. Bahagia! Cukup lah tu. Yang penting, aku dapat hoora-hoora setiap hujung minggu.

Entri kali ni akan aku letak banyak gambar sebab aku memang tak ada masalah nak loading. Aku nak conteng banyak-banyak ibarat aku sedang berada di dunia sendiri. Waktu begini la slogan ‘internet sepanjang masa’ tu boleh pakai & kena pada tempatnya sebab ketika cuti semester inilah nak online 24jam, nak bagi bil elektrik melambung, membalas dendam terhadap coverage di kolej yang laju macam siput…terus, aku jadi kepingin untuk hidup di satu wilayah yang mana tiada wujudnya sebarang dendaman & tiada had limit!. Wilayah yang dinamakan.. 'Free Land'. Ya, semuanya percuma. BIL ELEKTRIK percuma, INTERNET percuma, dapat online dengan tenang tanpa wujud sebarang pergaduhan serta tiada BEBELAN percuma. Kalau rasa teringin nak bebelan, datang ke sekolah semula. Hahaha. Semuanya percuma! *percuma percuma percuma sampai semua rakyat jadi gila dan bebal* Angan-angan dibatalkan. Harus bersyukur dengan kehidupan sekarang.

Di atas merupakan gambar saya & keluarga berhujung minggu di Paya Indah Wetland, Dengkil.
Gambar dirakam menggunakan teknologi digital camera 12.0 mega pixel.
Kerna itu...Gambar tidak cantik dan juga tidak jelas. *tak ada kamera berat tulah ^^
Namun demikian, saya amat bersyukur kerna masih punya gambar rakaman merekod kenangan terindah walaupun camera sendiri sudah rosak.


Baiklah, pernah dengar pasal Paya Indah Wetlands? Ia merupakan satu kawasan yang terletak di dalam Daerah Kuala Langat iaitu kira-kira 60 km dari Kuala Lumpur. Sabtu lalu aku dan keluarga tidak melepaskan peluang berkunjung ke tempat ini untuk melakukan ‘aktiviti hujung minggu’ keluarga kami.


Paya Indah Wetlands mempunyai keluasan 3100 hektar tetapi sehingga kini hanya 450.76 hektar sahaja yang telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands) di bawah Kanun Tanah Negara Sub-Seksyen 62(1)(No. 175 Akta 56 1965). Pada asalnya, Paya Indah Wetlands merupakan bekas lombong bijih timah, tasik air tawar dan hutan paya gambut dan mula dibaik pulih serta dirawat sejak tahun 1991. Ia dibuka secara rasmi oleh YAB Tun Mahathir Mohamad pada 13 Oktober 2001 dan telah diuruskan oleh Malaysian Wetlands Foundation sehingga Mac 2005. Sehingga itu, Paya Indah Wetlands diambilalih oleh PERHILITAN sehinggalah pembukaan semula kawasan ini pada 20 Oktober 2008.
– sumber : google.


Pelbagai gambaran yang bermain di fikiran aku sebelum memasuki gerbang Paya Indah Wetlands ini. Secara jujurnya, tempat ini masih belum pernah aku jejaki dan sabtu lalu merupakan kali pertama aku memasuki kawasan yang kaya dengan anugerah alam semula jadi. Ewahhh..mula-mula sampai Merbok pon cakap macam tu jugak ;p

Baiklah, mari kita sambung balik penjelajahan . Disana, anda boleh melakukan aktiviti seperti :-

I BERI HIPO & BUAYA MAKAN


3 ekor HIPO sudah cukup menggamit perhatian pengunjung. Salah seekor hipo yang aku ingat bernama KUNDRA! Memang seronok dapat tengok hipo mengangakan mulut seluas-luasnya ketika diberi makan walaupun bukan aku yang beri mereka makan. Heh. Diketahui bahawa hipo di Wetland makan pada setiap hujung minggu. Woahhh..kiranya dia berdietlah setiap hari kan? Eh tak tak. Menurut penjaga tersebut, Hipo di sini memang akan diberi makan oleh pengunjung sendiri pada setiap hujung minggu. Samalah juga dengan encik buaya.

Maka, kepada mereka yang berminat untuk memberi Hipo & buaya makan, bolehlah berkunjung ke Wetland pada setiap hujung minggu. Hipo mengamalkan makanan sihat yang kaya dengan Vitamin C. Sebab itu dia KUAT & SIHAT. Haha. Betik & pisang menjadi kegemarannya. Kalau kita, dua jenis buah-buahan tempatan inilah yang selalu direject. Tahu dah. Eh, silap. Bukan KITA. Tak termasuk saya sebab saya menggemari dua jenis buah ini. Hehe 



II BERKELAH


Kebiasaannya tepi pantai, tasik & sungai menjadi tempat perkelahan. Tapi di Wetland pondok serta bangku disediakan untuk pengunjung berkelah. Berkelah memang seronok. Perut pun kenyang. Mengemas sangat malas. HARHARHAR! Kalau dah lepas makan tu, memang cepat-cepat cabut lari lah kan. Haaa..tahu dah.

III BERBASIKAL


Di samping itu, pengunjung juga boleh beridah dengan menaiki basikal mengelilingi kawasan Paya Indah Wetlands ini. Kemudahan basikal disediakan. Pengunjung bolehlah menyewa basikal dengan kadar sewaan yang berpatutan. Hanya RM5. Pelbagai saiz basikal terdapat disini…jadi tidak perlulah risau kepada mereka-yang-tidak-tahu-menaiki-basikal. Basikal yang ada tambahan dua roda kecil ditepi juga ada, tetapi tidak pada basikal untuk mereka yang bergelar dewasa. Hahaha. Ewahhh, takkan nak naik basikal tayar tiga warna tu kot.


Kami tidak melepaskan peluang meronda-ronda dengan menaiki basikal sambil merakamkan gambar-gambar menarik di kawasan Paya Indah Wetlands ini. Kata orang, peluang jangan dilepaskan. Alang-alang datang disini, redah aje la. Teroka semua sekali! Macam-macam daya tarikan boleh didapati disini.


Terdapat juga kolam buaya, kolam itik & angsa, Ladang kuda, landak dan berbagai-bagai lagi tarikan yang mampu membuatkan pengunjung begitu menghayati keindahan ciptaan tuhan. Chalet-chalet juga didirikan di sekitar kawasan Paya Indah Wetlands ini bagi sesiapa yang ingin menikmati keadaan pada waktu malam di sini.

Memang BEST lah aktiviti hujung minggu lepas.*thumbs up!. Tak sia-sia buat perancangan last minute bila dapat tahu hari sabtu adalah hari jadi Ude. Jadi, boleh celebrate disana. InsyaAllah kami mahu datang lagi ke sini. Jom siapa nak ikut??

2 comments:

fynarosli said...

cik husna memang da aade gaye reporter habis! tahniahhh! clap kuat2! heee~ masukk free ehh?

husna. said...

ye. masuk free. pergi ramai-ramai baru best!

lupa plak nak mention masuk free. heee (: