Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, December 27, 2010

Husna, boleh balik kampus sekarang. SEKARANG!

Aku kadang-kadang malas nak balik kampus.Bukan sebab aku benci kampus. Aku kasih pada kampus. Kampus merupakan sebahagian daripada rumahtangga aku yang perlu dijaga dengan cermat. Tapi di kampus, terlalu banyak aktiviti menternak 'buffalo' jahat dan aku runsing! Semoga tiada buffalo berani mengendeng sekitar aku lepas ini. Aku cuma mahu tenang. Tenang melakukan apa yang aku mahu sesuka dan sesuki aku. Faham? Tak faham sila diam dan terus ke bacaan berikutnya.

Sekarang ni aku tak sihat sepenuhnya sebab aku demam. kata emak, rumah ni dah tak sesuai dengan biologi aku lagi. badan aku susah nak terima perubahan tempat apatah lagi perubahan suhu. yelah, baru pulang dari cameron kan. Emak dah mula risau macam mana aku nak survive di kampus nanti. asyik hidup dengan ubat-ubatan sahaja. 
no worries lah emak. just give me the medicine. i'll be OK.
Kadang-kadang aku pon pelik. Setiap kali pulang ke rumah, mesti aku demam. pulang ke kampus, aku demam jugak. agaknya biologi aku ni dah tak sesuai dengan kehidupan di Malaysia barangkali. hahaha. Ewahhh.

Baiklah, cuti semester hanya tinggal lagi seminggu. Err..lebih kurang la. Tapi, aku masih tak puas lagi bercuti. Mungkin sebab banyak sangat berjalan. Langsung tak beri peluang badan nak berehat. Lepas tu mulalah bising-bising cakap banyak tak prepare lagi untuk balik kampus. Kalaulah boleh postpone.

Aku nak cuti lagi la. Hoi! Hoi, hoi!
Aku nak cuti ni. Aku tak sihat. Jadi mahu cuti.


Terpaksa terima hakikat bahawa cuti semester kali ini memang pendek. Sob3 ;(

Aku berharap, semoga kolej yang bakal aku menginap untuk semester baru ni, agak berteknologi la dan sudah ada pembaharuan berbanding semester lepas. Ada wireless, ada dapur gas, ada washing machine, ada ASTRO tu pun dan cukup la. Tak mintak lebih. Kalau nak bagi lebih, memang seronok lah! Bagilah aku Nintendo Wii, swimming pool, taman strawberry, ladang epal dan kuda-kuda ternak sebagai transport. Maklumlah, emak melarang keras aku keluar daripada kampus kalau tak ada kepentingan. (nak keluar sebulan sekali pon belum tentu) Kalaulah kolej aku tu ada kuda, agak gembiralah hati ini. Tapi orang selalu berpesan. Jangan mimpi di siang hari. Sebab tu aku kata, aku taklah harap lebih. Ngahahaha

Jatuh maruah aku sudah. Struktur ayat di atas macam menggambarkan sifat demand. Sebenarnya bukanlah macam tu sangat. Aku jujur je ni. Kesian la kat aku ni yang dah biasa hidup dengan ‘keadaan sekeliling’ yang membuatkan aku selesa. *tak payah beritahu

Memendekkan cerita dan impian yang panjang, aku nak lafazkan bahawa cuti tinggal sikit.

Kepada 'siapa-siapa' : Siapa-siapa rindu dendam rasa nak tercabut nyawa kalau tak jumpa saya, cepat-cepatlah suarakan keinginan. Yang nak belanja makan tu, cepatlah ajak. Yang nak ajak shopping, woaa! Berbesar hati aku sudi! Cepat cepat tak lama lagi aku tak boleh berjimba-jimba sebab trademark aku akan muncul sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke kampus.

I enjoy living in campus, not in Sungai Petani.

Bila aku sedang bersenang-lenang macam permaisuri agong ni, ada aje yang tak kena. haishhh. tak pahamlah. tak boleh nak menikmati percutian indah di rumah. Pity you lah HUSNA!

3 comments:

nanibunny said...

haha setujuuuuu nak cuti lagi
harap2 kolej dah berkembang dan bertambah maju. penat la asyik pakai tangan je aiyoooo

Anonymous said...

huhu...sabo jer la...

Anonymous said...

huhu...sabo jer la...