Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Monday, December 20, 2010

aku nak jatuh ni

Kalau boleh ditaip perasaan ini akan ku taip kan. Kalau boleh dilagu perasaan ini akan ku lagukan. Kalau boleh digaya perasaan ini akan ku gayakan. Perasaan yang aneh, perasaan yang tidak minta ditonjolkan.

Aku nak jatuh nih!

Ampunkan dosa aku kalau aku kata... aku sudah jatuh cinta. Jatuh cinta pandang pertama yang membawa kepada pandangan berkali-kali. Sanggup aku korbankan nafsu mata aku untuk bangun awal paginya demi sebuah 'dating'. Dating untuk kali ke tujuh. Acah je! Lepas je breakfast, mari bergegas untuk dating!

Selalunya aku dating malam-malam. Dating malam-malam barulah ada aura romantis. Tapi hari ni...dating pagi-pagi buta walaupun tengah ‘hingaq’ sekarang ni.Tapi dating tetap berjalan dengan bagus sekali.

Kena langsaikan kesemua dating yang sudah direncanakan. Apa nak buatkan..aura cinta kami ada expired date. Samalah macam kisah cinta yang lalu pon ada expired date. Tapi nak kata kisah cinta yang lalu tu dah tamat tempoh…tak jugak sebab sesekali aku terkenang jugak kat encik itu. Cuma sudah tidak berdating lagi. Tinggal menjadi sebuah kisah klasik. Tapi perasaan tetap ada. *kadang-kadang teringin nak skype-ing. Amek kau! Bukan senang aku nak jiwang tetiba ni.

Patah balik pasal jatuh cinta pandang pertama. Makin aku tatap wajah 'skema' dia tu, makin terasa lapar perut aku. Err... bukan!  Walaupun wajahnya agak 'jambu', tapi aku suka. Lebih baik tatap wajah jambu air dari wajah jambu batu kan?(:

Nanti, pada entry aku selepas ni, aku kenalkan si jambu air kat kamu semua. Tu pon kalau tak ada suara-suara jelmaan menghalang aku. Sekarang aku malu... *sambil bergulung-gulung dalam comforter*. Belum nak expose lagi dia kat kamu semua. harharhar

Aku dah jatuh cinta. Confirm! Tak lama lagi, kita semua makan nasik lauk minyak. Tu pon kalau berlaku keajaiban alam. Tapi, aku bukan sailormoon. Keajaiban takkan berlaku.

Konklusinya, kamu semua takkan dapat makan nasi lauk minyak kot sebab aku bukan sailormoon! KAHKAHKAH. Tak ada kuasa bulan untuk membantu aku mendapatkan si dia. Daripada aku mengelamun jauh harapkan dia, baik aku jangan jatuh.

Ok,
Tak jadi jatuh cinta!
Confirm!
Nasik lauk minyak...Cancel!
KAHKAHKAH

2 comments:

Hayfa alyya my's Baby Gurl said...

buat lawak ko ek keh ekeh keh

nanibunny said...

ahahha awak dah hampakan perasaan saya untuk tau sape gerangan bertuah tu. ececey jk jk :D