Saya gembira kerana cuti semester memang best tetapi saya kurang gembira kerana ketika cuti semester, saya tidak pegang duit. Ni memang menyedihkan.
Saya gembira duduk di rumah ketika cuti semester tetapi saya kurang gembira kerana terpaksa rebut modem internet dengan adik-beradik sampai gaduh patah gigi semua. haha. acah je (:
Saya gembira kerana saya boleh keluar rumah dan memandu kereta tetapi saya kurang gembira kerana telah menjadi kurang mahir memandu kereta manual akibat sudah lama tidak memandu.
Saya gembira apabila dapat keluar rumah tetapi saya kurang gembira apabila terpaksa menaiki motor dengan abang serta memakai topi keledar. kepala jadi berat, telinga macam pekak. heh heh!
Saya gembira kerana tidak makan maggi ketika cuti semester tetapi saya kurang gembira apabila kami selalu makan makanan di luar.
Saya gembira kerana saya sihat walafiat dan tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti darah tinggi atau kencing manis, tetapi saya kurang gembira kerana ramai ahli keluarga saya (nenek, ibu saudara) menderita penyakit tersebut.
Saya gembira menjadi seorang kakak kerana seorang kakak itu sangat cool sehingga menjadi idola adiknya *berasap lah adik, berbulu je baca haha, tetapi saya kurang gembira kerana adik selalu menggunakan barang-barang saya tanpa izin.
Saya gembira emak seorang yang gemar 'berceloteh', supaya saya tahu, apabila besar nanti saya tidak akan 'berceloteh' terlalu banyak dengan anak saya, tetapi saya kurang gembira kerana saya terpaksa menebalkan telinga mendengar 'celoteh' beliau.
Saya gembira kerana course mate saya sangat kelakar dan menyenangkan hati tetapi saya kurang gembira kerana kadangkala saya tidak faham lawak-lawak mereka serta loghat yang mereka gunakan. =.=' common lah husna! dah nak tahun akhir
Saya gembira kerana anda masih lagi membaca, tetapi saya kurang gembira kerana harus memberitahu anda bahawa entri kali ini sampai di sini sahaja.
4 comments:
say gembira membaca entry anda..
saya gembira anda membaca entry saya tetapi saya kurang gembira kerana anda adalah coursemate saya. *rujuk sebab no 9
hahaha taktau kenapa kalau bace entry husna mesti ade je unsur lawak yihaaa :D
nani gelak sorang2 lah tuuuu. tahu dah. haha (:
Post a Comment